Remaja lelaki ditemukan lemas di air terjun

TAIPING – Seorang remaja lelaki maut selepas dipercayai lemas di kawasan air terjun di Pusat Rekreasi Pecah Batu, Trong pada Sabtu.

Mangsa dikenali sebagai, Muhammad Aqif Mikhail Ali Arafat, berusia 15 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 5.25 petang.

Katanya, sejurus selepas itu seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, pihak bomba mendapati mangsa telah dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum bomba tiba.

“Berdasarkan maklumat, remaja itu telah melakukan aktiviti bermandi-manda bersama rakan di pusat rekreasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sabarodzi memberitahu, pasukan bomba telah memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) kepada mangsa, namun tiada sebarang tindakan balas.

Ujar beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (KUP) Yusrizal Chu Abu Bakar itu tamat pada jam 6.40 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Remaja ditemukan lemas ketika memancing

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI