Remaja ditemukan lemas ketika memancing

TAPAH – Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sungai ketika sedang memancing bersama rakan di Kawasan Peranginan Kuala Woh, dekat sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan mangsa yang berusia 15 itu pada jam 12.23 tengah hari.

Menurut beliau, sejurus selepas itu sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah diatur gerak ke lokasi kejadian dengan dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Teluk Intan.

Remaja ditemukan lemas ketika memancing TAPAH - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sungai ketika sedang memancing bersama rakan di Kawasan Peranginan Kuala Woh, dekat sini pada Ahad bomba Perak
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan mangsa yang berusia 15 itu pada jam 12.23 tengah hari. Foto JBPM PERAK

“Pasukan penyelamat membuat ‘size up’ dan melaksanakan pencarian mangsa. Pasukan PPDA melaksanakan pencarian dengan menggunakan kaedah pencarian pada permukaan air.

“Mangsa kemudian ditemukan di lokasi berhampiran dengan mangsa dipercayai terjatuh pada jam 2.02 petang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Sabarodzi, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II (KUP) Khairul Anuar Mhd Sayuti itu tamat pada jam 2.25 petang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak autistik lemas di Sungai Skudai

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI