Remaja lelaki tergelincir ketika mahu cuci tangan sebelum lemas – Polis

TAPAH – Tergelincir ketika mahu mencuci tangan menjadi punca seorang remaja lelaki terjatuh sebelum ditemukan lemas di Empangan Hidro Sultan Idris, dekat sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 12.25 tengah hari.

Katanya, hasil siasatan dijalankan, mangsa yang berusia 16 tahun itu sedang memancing bersama dengan seorang lagi rakan di empangan berkenaan.

“Semasa mangsa hendak turun untuk mencuci tangan, dia telah tergelincir lalu terjatuh ke dalam empangan tersebut .

“Semasa operasi mencari dijalankan, mayat mangsa telah dijumpai di dasar empangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Menurut beliau, hasil bedah siasat dijalankan terhadap mayat mangsa di Jabatan Forensik Hospital Tapah mendapati punca kematian disebabkan lemas.

Tambah Mohd Naim, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Ekoran kejadian tersebut, pihak polis menasihatkan orang ramai yang menjalankan aktiviti memancing dan riadah supaya lebih berhati-hati dan menjaga keselamatan diri,” ujarnya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Remaja ditemukan lemas ketika memancing

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI