Rezeki 70 tin biskut ‘lejen’

IPOH – Sesiapa pun pastinya mempunyai kenangan ketika kecil tatkala betapa girangnya memasuki ke kedai runcit yang dipenuhi dengan biskut timbang atau biskut yang dijual dalam tin.

Biskut osborne, biskut kapal terbang, ‘ice gem’ atau biskut butang serta biskut telur, antara menjadi kegemaran kanak-kanak khususnya yang membesar ketika era 70an, 80an dan 90an.

Selain daripada nilai sentimental, nilai estetika yang pada tin-tin biskut ‘lejen’ apabila ia disusun dengan rapi itu juga telah menambat hati seorang peniaga, Ummi Kalsom Fahim Akbar, 30.

dalam tin Biskut lejen Ummi Kalsom biskut timbang perniagaan taman jati
Pekerja menyusun pelbagai biskut timbang atau biskut yang dijual dalam tin di Jalan Jelapang,Taman Jati, Ipoh. Biskut osborne, biskut kapal terbang, ‘ice gem’ atau dikenali sebagai biskut biji asam dan biskut telur, antara menjadi kegemaran kanak-kanak khususnya yang membesar ketika era 70an, 80an dan 90an. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JUN 2024.

Hanya bermula dengan 30 tin biskut, premis yang diuruskan anak kelahiran Selama bersama suami di Jalan Jelapang,Taman Jati, dekat sini, kini menempatkan 70 tin biskut pelbagai jenis.

Menurut Ummi Kalsom, dia tidak menyangka perancangan yang diusahakan bersama-sama suami, Aziwan Hassan 33, membuahkan hasil apabila ia berjaya menyumbang lebih daripada separuh keuntungan perniagaan buah-buahan di premis sama.

“Saya mula menceburi bidang perniagaan ini sejak umur 20-an. Saya berniaga macam-macam, iaitu dari di pasar malam sehingga pernah membuka perniagaan menjual aksesori telefon bimbit.

“Kemudian, saya dan suami menjalankan perniagaan menjual buah-buahan segar di premis Kedai Buah ini sejak lima tahun lalu. Disebabkan perniagaan buah-buahan ini tidak menentu, kami mencari peluang perniagaan baharu.

“Kami tidak menyangka menjual biskut timbang bermula sejak tiga tahun lalu ini mampu memberi pulangan yang baik kepada perniagaan kami,” katanya ketika ditemui MG Perak, di premisnya di sini.

dalam tin Biskut lejen Ummi Kalsom biskut timbang perniagaan taman jati
Temubual peniaga biskut tin, Ummi Kalsom Fahim Akbar, 30, di Jalan Jelapang,Taman Jati, Ipoh.
Biskut osborne, biskut kapal terbang, ‘ice gem’ atau dikenali sebagai biskut biji asam dan biskut telur, antara menjadi kegemaran kanak-kanak khususnya yang membesar ketika era 70an, 80an dan 90an. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JUN 2024.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, perniagaannya buah-buahannya itu sebelum ini pernah terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Namun, dek kerana semangat dan tidak kenal putus asa, premisnya kini kerap menerima kunjungan pelanggan khususnya yang mahu mendapatkan bekalan pelbagai jenis biskut.

Selain menerima kehadiran pelanggan sehingga dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, Ummi Kalsom memberitahu hasil jualannya meningkat tatkala tiba musim perayaan Aidilfitri dan cuti sekolah.

Biskut timbang ice gem yang dijual dalam tin oleh peniaga, Ummi Kalsom Fahim Akbar, 30, di Jalan Jelapang,Taman Jati, Ipoh. Biskut osborne, biskut kapal terbang, ‘ice gem’ atau dikenali sebagai biskut biji asam dan biskut telur, antara menjadi kegemaran kanak-kanak khususnya yang membesar ketika era 70an, 80an dan 90an. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JUN 2024.

Katanya, ia juga mungkin disebabkan keberkesanan kaedah pemasaran atas talian yang dilakukannya melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Antara biskut yang sering mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan adalah biskut osborne, biskut butang, roti lenga, dan biskut jem nenas. Ada antara biskut yang dijual di sini juga sukar untuk didapati di tempat lain.

“Selain itu, ramai juga pelanggan yang membeli dalam kuantiti banyak bagi dijadikan sebagai sagu hati untuk majlis-majlis perkahwinan,” katanya lagi.

Titik berat soal kualiti

Ummi Kalsom berkata, walaupun kedainya menjual 70 tin biskut pelbagai jenis, namun soal kualiti sentiasa dititikberatkan.

Menurutnya, dia dan pekerja akan memastikan kesemua biskut sama ada baru dipesan atau yang masih di dalam tin berada dalam keadaan baik untuk dimakan.

Mengulas tentang bekalan tin biskut, Ummi Kalsom memberitahu ia agar sukar dicari pada peringkat permulaan.

Biskut lejen Ummi Kalsom biskut timbang perniagaan taman jati
Pelbagai jenis biskut timbang atau biskut yang dijual dalam tin oleh peniaga, Ummi Kalsom Fahim Akbar, 30, di Jalan Jelapang,Taman Jati, Ipoh. Biskut osborne, biskut kapal terbang, ‘ice gem’ atau dikenali sebagai biskut biji asam dan biskut telur, antara menjadi kegemaran kanak-kanak khususnya yang membesar ketika era 70an, 80an dan 90an. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JUN 2024.

“Pada awal berniaga biskut tin ini, saya sendiri yang mencari barangan-barangan ini hingga ke Thailand. Namun selepas sudah tiga tahun, kami mendapatkan kesemua biskut yang dijual dalam tin itu daripada pihak pembekal di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ummi Kalsom menambah, dia dan suami merancang untuk memperbesarkan lagi perniagaan biskut tin yang sedang diusahakan pada masa hadapan.

Peniaga, Ummi Kalsom Fahim Akbar, 30, menyusun pelbagai jenis biskut timbang atau biskut yang dijual dalam tin di Jalan Jelapang,Taman Jati, Ipoh.
Biskut osborne, biskut kapal terbang, ‘ice gem’ atau dikenali sebagai biskut biji asam dan biskut telur, antara menjadi kegemaran kanak-kanak khususnya yang membesar ketika era 70an, 80an dan 90an. Foto ABDULLAH YUSOF, 19 JUN 2024.

“Mula-mula menjual biskut tin ini hanya sampingan di kedai buah ini, namun lama-kelamaan ia sudah makin mendapat sambutan baik.

“Justeru pada masa hadapan, kami merancang untuk buka sebuah kedai yang memberi fokus kepada perniagaan biskut dalam tin. Di samping itu, kami juga merancang untuk turut menjual hamper dan sagu hati berasaskan kepada makanan ‘lejen’ ini,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Anak penjual kuih penerima Anugerah Tuanku Canselor, USAS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI