Rompak bersenjata: Sembilan suspek, termasuk dalang wanita ditahan

TELUK INTAN – Polis menahan sembilan suspek termasuk seorang wanita yang juga dalang dalam insiden rompakan dengan menggunakan senjata parang di sebuah rumah di Taman Indah Jaya, dekat sini, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penahanan itu dibuat di beberapa lokasi berasingan di sekitar Hilir Perak, Kuala Lumpur dan Selangor pada 29 November hingga 3 Disember lalu.

Katanya, dalang rompakan yang merupakan wanita berusia 30 tahun ditahan di Jalan Changkat Jong, dekat sini pada jam 2.30 petang, 29 November lalu.

Tambah beliau, hasil semakan mendapati wanita itu mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Hasil soal siasat ke atas supek itu membawa tangkapan tiga lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 33 tahun sekitar jam 2.30 petang, di sini pada hari sama. Kesemua mereka adalah suspek utama kes ini.

“Dan hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai tiga hingga 16 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Tambah Ahmad Adnan, polis kemudian berjaya menahan dua suspek iaitu seorang wanita berusia 21 tahun dan lelaki berusia 35 tahun masing-masing di Saujana Putra, Selangor serta Bennington Residence, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Katanya lagi, tiga lelaki berusia 20 hingga 27 tahun berjaya ditahan dengan salah seorang suspek merupakan padanan cap jari positif dalam kes sama di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, pada Ahad.

“Kesemua mereka yang ditahan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Sementara hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kesemua suspek dapati positif dadah jenis Methamphetamine,” ujarnya.

Ahmad Adnan berkata, dalam semua serbuan berkenaan pihak polis berjaya merampas pelbagai jenis barangan bagi tujuan siasatan lanjut antaranya barang kemas, resit pajak gadai, dua bilah parang, serta sebuah kereta Perodua Axia.

Menurutnya, kesemua suspek telah direman untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 394/379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

“Keseluruhannya pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes dalam masa yang singkat dengan tertangkapnya kesemua suspek yang terlibat dan barang kes yang disamun berjaya diperolehi semula,” jelasnya.

Terdahulu katanya, seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun telah didatangi tiga lelaki menawarkan khidmat pengubahsuaian rumah di Taman Indah Jaya, sekitar jam 3 petang pada 22 November lalu.

Menurutnya, suspek telah masuk ke dalam rumah mangsa dan menetak tangan kiri mangsa sebelum menggeledah rumah tersebut serta melarikan barang kemas dan kereta Perodua Axia milik mangsa. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Cubaan bunuh koperal, kelindan lori mengaku tidak bersalah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI