Dua lelaki pakai baju Telekom dicekup polis, curi kad sistem TM

IPOH – Taktik licik dua lelaki memakai baju baju berlogo Telekom Malaysia (TM) yang melakukan cubaan mencuri kad sistem TM gagal apabila ditahan polis berhampiran sebuah stesen minyak di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, kegiatan itu disedari anggota polis Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Slim River yang melakukan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan Pekan Slim River kira-kira jam 11 pagi.

Beliau berkata, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri ketika dihampiri pihak polis menaiki sebuah kereta jenia Honda Accord dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Pihak polis terus bertindak mengejar kereta dan berjaya menahan suspek di tepi Jalan Ibrahim Mohd Dom, di sini hanya dalam tempoh dua minit.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta yang dinaiki suspek telah menjumpai 21 unit kad sistem TM pelbagai jenis dan peralatan-peralatan yang digunakan untuk mengumpil kabinet kad sistem tersebut.

“Selain itu, polis turut merampas dua helai baju berlogo TM dan helmet keselamatan yang dipakai kedua-dua suspek.

“Hasil soal siasat awal yang dijalankan, kedua-dua suspek berusia 37 dan 42 tahun itu berasal dari Shah Alam dan Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan media lewat malam tadi.

Beliau berkata, salah seorang suspek pernah ditahan di Klang dan dituduh di Mahkamah Majistret Tanjung Malim pada Ogos lalu.

“Melalui penahanan kedua-dua suspek, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes kecurian kad sistem TM di Muallim melibatkan kerugian RM350,530.

“Kes disiasat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua[1]duanya sekali,” jelasnya – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Rompak bersenjata: Sembilan suspek, termasuk dalang wanita ditahan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI