1,610 aduan direkodkan sepanjang lapan siri Program Mesra HBP 2026

IPOH – Sebanyak 184 aduan diterima Kerajaan Negeri Perak pada siri kelapan Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan (HBP) 2026 yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini, hari ini.

Ini menjadikan jumlah aduan yang direkodkan kerajaan negeri sepanjang lapan siri penganjuran program tersebut bermula Januari sehingga November adalah sebanyak 1,610.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sehingga siri ketujuh tahun ini, sebanyak 1,153 daripada 1,426 aduan atau 81 peratus daripadanya berjaya diselesaikan manakala baki 273 aduan iaitu bersamaan 19 peratus masih dalam tindakan lanjut.

“Sebanyak 111 kaunter perkhidmatan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan disediakan bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan, mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan urusan secara terus.

“Di samping itu, penganjuran Jualan Murah dan Jualan Rahmah juga diadakan dengan menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan kepada pengunjung,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra HBP Kerajaan Negeri Perak Siri Kelapan di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.

1,610 aduan direkodkan sepanjang lapan siri Program Mesra HBP 2026
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Tahun 2026 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2026.

Sementara itu, Saarani berkata, dalam memastikan kebajikan rakyat turut mendapat perhatian, penyerahan sumbangan Wakalah Zakat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) Daerah Kinta telah diadakan melibatkan 38 penerima.

“Sumbangan tersebut merangkumi bantuan komputer riba kepada 18 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi menyokong keperluan pengajian mereka, bantuan perubatan kepada 15 penerima serta bantuan persekolahan kepada lima penerima lain.

“Keseluruhan inisiatif ini mencerminkan pendekatan Kerajaan Negeri yang bukan sahaja menyediakan ruang kepada rakyat untuk menyuarakan aduan dan keperluan, malah memastikan aspek kebajikan terus diberi perhatian melalui penyampaian perkhidmatan serta bantuan yang dapat dirasai secara langsung,” ujarnya.

Beliau berkata, pelaksanaan program ini memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak melibatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan dan agensi kerajaan serta badan berkanun negeri yang telah berganding bahu menjayakan program ini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

1,306 aduan diterima menerusi Program Mesra HBP Perak, 81% selesai

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI