MGPerak: Orang Asli Harap Belanjawan Perak 2027 Tumpu Infrastruktur, Pendidikan

Pembangunan infrastruktur kampung, penyediaan kediaman lebih selesa serta peluang pendidikan dan latihan kemahiran antara harapan masyarakat Orang Asli di negeri ini menjelang pembentangan Belanjawan Perak 2027 esok.

Batin Kampung Batu Enam Jalan Pahang Tapah, Fazil Harum berkata, peruntukan khusus perlu disediakan bagi membantu masyarakat Orang Asli di seluruh negeri terutamanya untuk bantuan keperluan asas dan pembangunan kemudahan kampung.

Sementara itu, Batin Kampung Sungai Cincin Cenderiang, Panjang Aris berkata, Belanjawan Perak 2027 diharap menyediakan peruntukan lebih besar berbanding tahun sebelumnya dengan memberi keutamaan kepada sektor pendidikan serta pembangunan potensi golongan muda Orang Asli. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #belanjawanperak2027 #peraksejahtera2030 #masyarakatorangasliperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI