Tiada keperluan mendesak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak setakat ini, meskipun timbul khabar angin kononnya pembubaran akan dilakukan selepas pembentangan Belanjawan Perak 2027 esok.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebarang permohonan pembubaran DUN bukanlah keputusan yang boleh dibuat oleh beliau secara bersendirian, sebaliknya tertakluk kepada perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menurutnya, beliau perlu menghadap Sultan Perak terlebih dahulu bagi mengemukakan alasan yang munasabah dan konkrit sebelum memohon pembubaran DUN. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #MBPerak #SaaraniMohamad #DUNPerak





