Rumah terbuka Aidilfitri medium semarak keharmonian rakyat – Zambry

LUMUT- Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di sini, disifatkan sebagai medium untuk rakyat menyemarakkan rasa kebersamaan dan keharmonian tanpa mengira latar bangsa serta agama.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penganjuran majlis yang diadakan pada setiap tahun itu membuktikan semangat serta keazaman rakyat hidup bersatu padu dalam suasana aman dan makmur.

Rumah terbuka Aidilfitri medium semarak keharmonian rakyat Zambry Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Lumut
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir ketika hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 5 MAY 2024.

“Saya mengharapkan dengan semangat (sambutan) Aidilfitri ini dapat menambahkan lagi semangat keharmonian kita dan semangat muhibbah yang ditunjukkan.

“Saya percaya sebahagian besar daripada rakyat mahukan negara kita yang stabil, hidup secara bersama tanpa memainkan sebarang bentuk permasalahan”, katanya.

Zambry berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani yang diadakan di Majlis Perbandaran Manjung, di sini pada Ahad.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir menyantuni tetamu yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 5 MAY 2024.

Majlis yang bermula seawal jam 9 pagi itu dihadiri lebih 10,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa.

Pelbagai hidangan juadah Aidilfitri seperti rendang, ketupat, nasi himpit, kuetiau goreng, apam balik dan kuih-muih dihidangkan kepada para pengunjung.

Rumah terbuka Aidilfitri medium semarak keharmonian rakyat Zambry Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Lumut
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir merasai makanan ketika hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri Madani di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 5 MAY 2024.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau pada majlis itu, yang turut diserikan dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak. – MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

Rumah terbuka peluang beramah mesra – Salbiah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI