Sambutan Thaipusam: MBI beri amaran lisan kepada 60 gerai

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberi amaran lisan kepada 60 daripada 200 gerai yang diperiksa di Gunung Cheroh sempena sambutan Thaipusam esok kerana gagal mematuhi syarat etika pengendali makanan yang baik di sini, pada Rabu.

Setiausaha Bandaraya, Ahmad Munir Ishak berkata, pemantauan itu dilakukan bagi memastikan aspek kebersihan,keselamatan makanan, lalu lintas dan susun atur khemah berada ditahap baik sepanjang perayaan itu berlangsung.

Menurutnya, sebanyak 200 khemah di bawah seliaan penganjur iaitu Ipoh Hindu Devasthana Paripalana Sabah dan 69 khemah individu diluluskan MBI sepanjang Sambutan Thaipusam 2024.

Artikel Berkaitan:

Buang sampah: MBI keluar kompaun RM498,750

24 tahun bergelar pembuat kavadi, Dev warisi kemahiran bapa

“Amaran lisan yang dikeluarkan adalah berkaitan pemakaian apron, topi, kasut bertutup, pemeriksaan suntikan anti-tifiod dan sijil kursus pengendali makanan.

“Peniaga turut diminta menyediakan tong sampah untuk kegunaan gerai masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan pemantauan sambutan Thaipusam 2024 di Gunung Cheroh, petang tadi.

Ahmad Munir berkata, MBI akan menjalankan pemeriksaan susulan untuk memastikan kebersihan dan keselamatan makanan terjamin di kawasan tersebut. – MG Perak

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI