Samun stesen minyak, ragut warga emas, penagih tegar ditahan

TAIPING – Kegilaan seorang penagih dadah tegar melakukan kegiatan samun di stesen minyak dan meragut wanita termasuk warga emas sekitar daerah Taiping berakhir apabila di tahan polis awal pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, lelaki bujang berusia 37 tahun itu ditahan polis pada jam 7.15 pagi ketika cuba melakukan samun di sebuah stesen minyak di Simpang, Taiping.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati suspek menggunakan modus operandi dengan melakukan tinjauan di sekitar stesen minyak sebelum mengacukan senjata tajam bagi menakutkan mangsa.

“Suspek akan mengacukan senjata tajam sebagai alat mengugut dan mengancam pekerja stesen minyak dan melakukan jenayah samun.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail pada sidang media rampasan dua kes berasingan melbatkan kecurian kabel Telekom Malaysia dan samun stesen minyak serta ragut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 JANUARI 2024.

“Lelaki ini juga turut melakukan jenayah ragut sekitar daerah Taiping pada awal tahun ini dengan mensasarkan mangsa yang berjalan seorang diri terutamanya warga emas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, di sini, pada Isnin.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah dan dadah dan penangkapan lelaki berkenaan berjaya menyelesaikan tujuh ke samun dan ragut dalam daerah Taiping.

“Jumlah keseluruhan jenayah yang dilakukan suspek dianggar bernilai lebih kurang RM15,000 dan nilai tertinggi yang diperoleh suspek ketika melakukan jenayah ragut di Jalan Simpang dianggarkan lebih kurang RM10,000,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas barang berupa sebilah pisau, topi keledar, telefon bimbit, baju hujan, motosikal dan kerambit.

“Tangakapan telan direman selama enam hari bermula 19 sehingga 24 Januari dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda atau sebat,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga emas cedera ditetak ketika disamun

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI