Saravanan teruskan tradisi sumbangan Deepavali untuk B40

TAPAH – Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan meneruskan tradisi memberi sumbangan kepada golongan warga emas, keluarga berpendapatan rendah (B40), kanak-kanak dan pemimpin komuniti di kwasannya sempena sambutan Deepavali minggu depan.

Ini juga merupakan inisiatif Timbalan Presiden MIC itu sejak bergelar wakil rakyat terutamanya ketika menjelangnya musim-musim perayaan.

Difahamkan, majlis sumbangan ini diadakan di 11 lokasi berbeza di sekitar Tapah yang bertujuan memastikan bantuan sampai kepada seramai mungkin penerima telah disantuni lebih 1,500 orang khasnya dalam kalangan masyarakat India.

Saravanan yang juga mantan Menteri Sumber Manusia itu berharap sumbangan berupa barangan makanan, keperluan selain pakaian baharu untuk sambutan Deepavali selain wang ringgit akan dapat meringankan beban penerima.

“Kita sendiri tahu keadaan ekonomi yang begitu mencabar, ramai terutamanya yang mempunyai keluarga yang besar dalam kalangan B40 ini sebenarnya tidak mampu apatah lagi ketika musim perayaan yang sepatutnya memberikan kegembiraan untuk menyambutnya.

“Semoga bantuan yang kita beri ini mampu memberikan sinar harapan serta rasa lega kerana adanya bantuan, saya pastikan setiap sumbangan itu boleh membantu mereka sekeluarga, barangan berupa makanan asas juga pastinya akan banyak membantu.

“Deepavali bukan sekadar perayaan agama tetapi juga simbol perpaduan yang merentasi budaya. Bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia, perayaan ini adalah masa untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan dan keharmonian.

“Keceriaan Deepavali dirasai apabila kita saling berkongsi rezeki dan kegembiraan kerana dengan memberi kita bukan sahaja membahagiakan orang lain tetapi juga menyemarakkan semangat kasih sayang dalam komuniti,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tambah beliau, sumbangan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan asas penerima tetapi diharap dapat membawa ‘cahaya’ kepada kehidupan mereka melambangkan semangat sebenar Deepavali.

“Tiada yang terpinggir di Tapah, itu janji ikrar saya sejak hari pertama menjadi wakil rakyat di sini dan itulah yang dilakukan setiap tahun,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI