Sasaran Perak wujudkan 100,000 peluang pekerjaan realistik

PERISTIWA hitam negara dilanda penularan Covid-19 memberi kesan buruk terhadap pelbagai sektor, khususnya pekerjaan apabila ia menyaksikan ramai rakyat termasuk di Perak kehilangan mata pencarian.

Ia susulan pelbagai industri mula mengecilkan operasi masing-masing, dan tidak kurang juga yang membuat keputusan untuk gulung tikar.

Di Negeri Perak, dianggarkan 80,000 rakyat kehilangan pekerjaan dan pendapatan rentetan daripada keadaan sukar yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Meskipun negara kini sedang bergerak dari episod itu, namun kelembapan ekonomi yang dihambat dengan ketidaktentuan perkembangan global masih menjejaskan dari sudut bilangan peluang pekerjaan.

Kerajaan Negeri Perak sasaran peluang pekerjaan 100,000
Persembahan Bicara Bahasa dari pelajar Sekolah Kebangsaan Jelapang pada Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 di Dewan Merdeka, Seri Manjung. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 JUN 2024.

Tanpa menoleh ke belakang, dalam hal itu Kerajaan Negeri Perak merangka strategi serampang dua mata melalui pelan pembangunan negeri iaitu Pelan Perak Sejahtera 2030.

Iaitu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, di samping sebagai usaha mengelakkan ramai tenaga mahir tempatan daripada berhijrah ke negeri lain.

Terkini, Perak menjangkakan 100,000 peluang pekerjaan mampu diwujudkan di negeri ini dalam tempoh 20 tahun mendatang yang secara tidak langsung memberi kesan positif kepada ramai pihak.

Suasana sekitar Program Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Muallim Tahun 2024, anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di Dewan Sri Tanjong, Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 FEBRUARI 2024.

Panel Kewangan dan Ekonomi Al-Ebreiz Global Capital Berhad, Profesor Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, hasrat kerajaan negeri itu disifatkan sebagai realistik berdasarkan kepada jumlah kepadatan 2.7 juta penduduk di Perak.

Malah pemerhati ekonomi itu berkata, sasaran itu juga mampu untuk dicapai lebih awal ekoran pelbagai projek mega yang sedang dirancang dan dibangunkan di negeri ini seperti Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).

Kerajaan Negeri Perak sasaran peluang pekerjaan 100,000 KIGIP
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Majlis Peluncuran Pelan Induk Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, Bagan Serai.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JUN 2024.

“100,000 peluang pekerjaan di Perak melibatkan 4 peratus daripada jumlah penduduk, dan (jangkaan) ini pula (melibatkan) dalam tempoh 20 tahun. Ini bermakna setahun puratanya 0.2 peratus sahaja setahun.

“Projek LuMIC misalnya, dianggarkan akan menyediakan 60,000 peluang pekerjaan kepada tenaga-tenaga mahir tempatan. Oleh sebab itu saya berpandangan sasaran ini mampu dicapai lebih awal daripada tempoh 20 tahun,” katanya kepada MG Perak.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menambah, kekayaan hasil bumi di Perak juga boleh dijadikan sebagai pemangkin bagi pertumbuhan peluang-peluang pekerjaan baharu.

Kerajaan Negeri Perak sasaran peluang pekerjaan 100,000 KIGIP pelan perak sejahtera 2030
Profesor Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera

Jelas beliau, kekayaan sumber asli seperti hasil hutan dan bahan-bahan galian mineral seharusnya mampu menjadikan negeri ini lebih kehadapan berbanding negeri lain.

“Faktor ini mampu menjadi penguat kepada Perak yang mana daripadanya, ia boleh diwujudkan kursus-kursus kemahiran yang akhirnya boleh melahirkan tenaga mahir yang mampu mengisi kelompongan industri.

“Ia seperti kemahiran dalam sektor pelancongan berasaskan ekopelancongan, kemahiran dalam industri seramik dan mungkin boleh diwujudkan bandar hub seramik seperti di China,” katanya lagi.

Peluang Pekerjaan Berkualiti dan Digital adalah antara perkara yang diberi fokus kerajaan negeri melalui Pelan Perak Sejahtera 2030, di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ketika membentangkan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 pada awal Jun lalu, Saarani berkata kerajaan negeri ketika ini memberi penumpuan terhadap pembangunan lima projek berimpak tinggi.

Kerajaan Negeri Perak sasaran peluang pekerjaan 100,000 KIGIP pelan perak sejahtera 2030
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kanan) ketika hadir ke Majlis Pembentangan Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 di Dewan Merdeka, Seri Manjung. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 JUN 2024.

Projek berkenaan adalah, KIGIP di Kerian, LuMIC di Lumut, Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim, Taman Industri Halal Perak (Perak HIP) di Lekir, serta Silver Valley Technology Park (SVTP) di Kinta.

Saarani menjelaskan, projek-projek berimpak tinggi ini bakal menjadi pemacu kepada perubahan ekonomi negeri yang dipacu agenda di peringkat Kerajaan Persekutuan termasuk melalui pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Kemudian pada 15 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan projek bernilai RM4 bilion daripada Kerajaan Persekutuan bagi menyokong pembangunan KIGIP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Majlis Peluncuran Pelan Induk Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, Bagan Serai.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JUN 2024.

Perak sebagai Koridor TVET Malaysia menjelang 2030

Salah satu aspek yang diberi perhatian kepada kerajaan negeri ketika ini adalah mahu menjuarai bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) melalui perancangan pembangunan Koridor TVET Negara di Perak.

Selain mahu memperkasakan bidang berkenaan, ia juga sebagai salah satu strategi untuk mengelak kebanjiran keluar bakat-bakat muda negeri.

Kerajaan Negeri Perak sasaran peluang pekerjaan 100,000 KIGIP pelan perak sejahtera 2030 saarani
Suasana sekitar reruai pameran Majlis Perasmian Penutup Karnival TVET Perak di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 MEI 2024.

Saarani sebelum ini dilaporkan berkata, seramai 12,800 penduduk di Perak bermigrasi keluar dari negeri ini pada tahun 2020 yang mana angka itu melebihi daripada rekod migrasi masuk ke dalam Perak iaitu 11,600 orang.

Mengulas lanjut, Ahamed Kameel memberitahu, pendidikan melalui TVET merupakan langkah terbaik melahirkan golongan muda yang berkemahiran tinggi yang secara tidak langsung akan menarik minat pihak industri membuka peluang-peluang pekerjaan baharu di negeri ini.

Fasiliti Kilang Pemasangan Kerusi Kereta Baharu Milik EPMB di Proton City, Tanjung Malim. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 OKTOBER 2023

Malah katanya, kursus-kursus TVET yang disediakan juga boleh diselitkan atau dimasukkan dengan elemen pendidikan keusahawanan agar tenaga mahir yang dilahirkan mampu berdaya saing dalam sektor pekerjaan.

“Bagi mengelakkan daripada tenaga-tenaga mahir yang dilahirkan itu kekal menyumbang bakti di Negeri Perak, kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada sektor pekerjaan yang berasaskan kepada sumber di negeri ini.

Kerajaan Negeri Perak sasaran peluang pekerjaan 100,000 KIGIP pelan perak sejahtera 2030 saarani
Pelancong tempatan mengunjungi Tasik Cermin, Ipoh sempena cuti persekolahan dan cuti umum perayaan Krismas.
Tasik Cermin antara produk pelancongan yang menarik ramai pelancong datang ke bandar raya Ipoh dan Perak.
Kawasan kuari lama ini dan tidak lagi beroperasi, mempunyai dua tasik dan dua terowong yang unik. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 DISEMBER 2023.

“Sebagaimana yang saya tekankan, ia adalah berkaitan dengan agropelancongan dan industri berkaitan dengan sumber asli seperti seramik yang menggunakan tanah lihat berkualiti tinggi.

“Apabila sumber hasil bumi ini boleh dimanfaatkan, di samping kehadiran projek-projek mega yang dirancang, saya yakin kerajaan negeri berada di landasan betul dalam usaha untuk mengelakkan ramai tenaga mahir daripada berhijrah,” jelas beliau lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkatan:

100,000 peluang pekerjaan diwujudkan dalam tempoh 20 tahun

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI