100,000 peluang pekerjaan diwujudkan dalam tempoh 20 tahun

SUNGAI SIPUT – Sebanyak 100,000 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan di Perak dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Intergrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, bagi memastikan perkara tersebut dapat direalisasikan program karnival kerjaya diadakan di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam menyediakan platform bagi rakyat Perak untuk mendapatkan pekerjaan antaranya MYFuturejobs, Karnival Kerjaya, program kebolehpasaran dan pelbagai lagi.

Ujar beliau, meskipun kerajaan negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) turut menyediakan perkhidmatan pekerjaan, namun Perkeso memberi nilai bagi memastikan rakyat di negeri ini mendapat pekerjaan melalui dua entiti yang kukuh ini.

“Hari ini kita menawarkan 5,153 jawatan kosong pelbagai bidang. Program ini akan diadakan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan kadar pengangguran rakyat Perak.

“Kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan pada hari ini berada di sekitar Sungai Siput dan Kuala Kangsar antaranya dari bidang automobil, kejuruteraan dan tenaga kerja am.

100,000 peluang pekerja akan diwujudkan di Perak dalam tempoh 20 tahun
Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Intergrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan pada sidang media selepas melancarkan Program Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ Sungai Siput Perkeso di Dewan Man Tak, di sini, pada Ahad.

“Selain itu, saya turut memaklumkan kepada syarikat yang menyertai karnival pada hari ini supaya mendapatkan mandat daripada majikan masing-masing untuk terus mengeluarkan surat tawaran pada hari sama pencari kerja ditemuduga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ Sungai Siput Perkeso di Dewan Man Tak, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Pengarah Perkeso, V Mohanadas.

Dalam pada itu, Sivanesan karnival ini akan diteruskan di Bagan Datuk dan diperluaskan ke daerah lain di seluruh Perak.

Terdahulu, Sivanesan turut menyampaikan sumbangan faedah Perkeso kepada tiga penerima iaitu Ahmad Azmi Yusof, 59, (Faedah Ilat); Mohamad Hafiz Abdul Hamid, 29, (Faedah Hilang Upaya Sementara) dan K Vani (Bantuan Alat Pemulihan). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

60 peratus pencari kerja di bawah PASAK dapat pekerjaan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI