60 peratus pencari kerja di bawah PASAK dapat pekerjaan

TANJUNG MALIM – Dianggarkan 60 peratus pencari kerja yang berdaftar dengan agensi pembangunan sumber manusia kerajaan negeri, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) berjaya memperoleh pekerjaan tahun lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, sebanyak 2,200 jawatan daripada pelbagai agensi berjaya diisi melalui inisiatif Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera, dalam tempoh sama.

pencari kerja perak jawatan kosong perak kerjaya perak PASAK Perak kerja perak sivanesan pencari kerja perak jawatan kosong perak kerjaya perak Jelajah Karnival Kerjaya PerakPASAK Perak kerja perak sivanesan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Muallim Tahun 2024, anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di Dewan Sri Tanjong, Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 FEBRUARI 2024.

“Sejak dilancarkan pada tahun lalu, ia telah menjelajah ke beberapa daerah di negeri ini termasuk di Gerik dan Bagan Datuk.

“Usaha yang dijalankan ini bagi memastikan anak-anak kelahiran Perak tidak berhijrah ke negeri lain bagi mendapatkan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Muallim 2024, di Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim pada Sabtu.

Hadir sama, Pegawai Daerah Muallim, Mohamad Fitri Hassan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Salina Samsudin; Pengarah PASAK, Aldrin Ng serta Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Perak, V Mohanadas.

pencari kerja perak jawatan kosong perak kerjaya perak PASAK Perak kerja perak sivanesan pencari Jelajah Karnival Kerjaya Perak kerja perak jawatan kosong perak kerjaya perak PASAK Perak kerja perak sivanesan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan (tengah) merasmikan Program Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Muallim Tahun 2024, anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di Dewan Sri Tanjong, Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 FEBRUARI 2024.

Tambah Sivanesan, inisiatif yang digerakkan bersama PERKESO itu memberi penumpuan kepada pengisian peluang pekerjaan berdekatan dengan lokaliti sesebuah daerah.

Ujar beliau, usaha itu juga selari dengan agenda Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam meningkatkan kebolehpasaran rakyat dalam Negeri Perak.

“Kita tidak perlu menunggu anak-anak kita datang untuk mencari kerja, sebaliknya kita yang akan mencari mereka dengan tawaran jawatan pekerjaan yang bersesuaian.

“Justeru saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali di satu-satu daerah,” ujarnya.

pencari kerja Jelajah Karnival Kerjaya Perak Jelajah Karnival Kerjaya Perak perak jawatan kosong perak kerjaya perak PASAK Perak kerja perak sivanesan pencari kerja perak jawatan kosong perak kerjaya perak PASAK Perak kerja perak sivanesan
Suasana sekitar Program Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Muallim Tahun 2024, anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) di Dewan Sri Tanjong, Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 17 FEBRUARI 2024.

Dalam perkembangan sama, Sivanesan memaklumkan, sebanyak 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 11 syarikat yang menyertai Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Muallim.

Jelas beliau, ia melibatkan jawatan-jawatan pelbagai sektor industri termasuk kejuruteraan, perkilangan, pembinaan dan sebagainya.

“Daripada jumlah berkenaan, 100 jawatan yang ditawarkan membabitkan jawatan pengurusan dan eksekutif,” kata Sivanesan lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2024: RM3.5 juta perkasa agenda PASAK

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI