‘Saya maafkan Razman’ – Saarani

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menerima permohonan maaf Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Razman Zakaria berhubung ucapannya dalam perhimpunan di Menara Condong, Teluk Intan pada Oktober lalu.

Saarani bagaimanapun berkata, kerosakan sudah dilakukan dan semua pihak terutamanya ahli politik perlu beringat agar tidak bermulut celupar dalam melontar perkataan dikhalayak umum.

“Orang buat kesilapan dia minta maaf bermakna betullah silap. Tetapi sebagai manusia tak kan kita nak marah balik. Kita terimalah permohonan maaf itu.

“Tapi ‘damage has been done’. Jadi semua ahli politik kena ingat kita tidak boleh celupar sangat mulut sebab sekali kita terlepas cakap dia merosakan, meremukan hati ramai orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Tourism Perak Management Berhad dengan Rimba Adventures Sdn Bhd bagi penganjuran di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) Program Rimba Raid UNESCO Lenggong di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 DISEMBER 2024.

MG Perak pada Isnin melaporkan Razman tampil memohon maaf kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan,atas ucapanya dalam perhimpunan di Menara Condong di Teluk Intan pada Oktober lalu.

Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol berkata, sebaliknya ucapan beliau sebagaimana dalam video tular itu berkata ia dipetik di luar daripada konteks asal.

Pada Pembentangan Belanjawan Negeri Jumaat lalu Saarani berkata, ada pihak yang tidak melihat kejayaan-kejayaan yang dicapai kerajaan negeri selama ini sebagai suatu kebaikan.

Malah Saarani turut menzahirkan kekesalan apabila beliau juga dilableh dengan cacian ‘MB biadab’, seolah-olah sedang melakukan penindasan dan penganiayaan ke atas rakyat.

“Tetapi saya tidak berniat menjadikan dewan mulia ini untuk membalas keji dan cacian.

“Kerana dalam perjalanan hidup, saya belajar bahawa maruah seorang pemimpin tidak terletak pada kekuatan membalas cacian, tetapi kepada keupayaan untuk tetap berdiri teguh memikul amanah dengan keinsafan dan keikhlasan,” kata Saarani. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Razman mohon maaf pada Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI