Selepas genjatan senjata di Gaza tak perlu lagi boikot Starbucks – Vincent

PULAU KETAM – Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun melahirkan rasa positif dengan pengumuman gencatan senjata di Gaza yang bakal berkuat kuasa Ahad ini sambil memberi bayangan Starbucks Malaysia akan kembali ‘bersinar’ selepas ini.

Menurut beliau, dengan gencatan senjata itu, sudah tidak ada keperluan untuk memboikot jenama Starbucks apatah lagi ia adalah syarikat milik negara ini

“Sekarang sudah ada berita genjatan senjata di Gaza, ini memang satu berita bagus buat semua. Gaza akan aman kembali, itu yang kita semua mahu.

“Jadi untuk apa mahu boikot lagi Starbucks? Tidak ada keperluan lagi.

“Genjatan senjata ini memang satu berita yang baik,” katanya kepada sekumpulan media selepas majlis serah sumbangan kepada majlis sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada penduduk setempat warga TiongHua, sekolah dan warga emas di SJK(C) Hwa Lien di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa kali jutawan berkenaan menegaskan tindakan memboikot Starbucks hanya akan merugikan rakyat Malaysia malah beliau pernah mendedahkan hampir 85 peratus pekerja kopi berjenama itu sebenarnya dalam kalangan muslim di negara ini.

Tahun lalu, bagi suku kedua tahun kewangan 2024, Berjaya Food Bhd melaporkan penurunan pendapatan suku-ke-suku tahun sebanyak 35 peratus kepada RM183 dan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti kira-kira RM42 juta.

Ketika disoal tentang kehadiran pelbagai jenama kopi premium seperti cendawan tumbuh selepas hujan, Vincent amat positif kerana persaingan dalam perniagaan bagi memastikan mutu serta kualitinya sentiasa terjamin pada setiap masa.

“Ingat ya, apa jua perniagaan pastinya ada banyak persaingan. Pada saya, ia positif dan tidak banyak yang perlu saya risaukan.

“Kita juga ada beberapa strategi bagi memastikan jenama ini terus menjadi pilihan utama tetapi pastinya ini ‘rahsia’, tidak boleh kita dedah begitu sahaja.

“Ini strategi sulit kita, tidak boleh diumumkan secara terbuka,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan:

29 stesen pengecasan EV telah dipasang di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI