‘Teruskan boikot produk, jenama kaitan Israel semaksimum mungkin’

IPOH – Masyarakat digesa untuk terus memboikot semua jenama, syarikat atau produk yang dipercayai berpotensi untuk menyumbang kepada ekonomi mahupun berkaitan dengan Israel.

Pengerusi Semarak Dakwah Negeri Perak (Semarak) Fairuz Hafiz Othman berkata, tindakan itu harus diletakkan atas semangat jihad agar ia menjadi pendorong kepada solidariti terhadap rakyat di Palestin.

boikot israel boikot boikot solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin
Pengerusi Semarak Dakwah Negeri Perak (Semarak) Fairuz Hafiz Othman bercakap kepada pemberita pada Program Semarak Kemanusiaan Palestin di Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2023.

“Apa pun tindakan kita ia perlu sebagai satu bentuk solidariti kepada Palestin. Soal boikot bermusim atau tidak, ia bukan isu.

“Namun apa yang kita harapkan tindakan memboikot barangan atau produk mempunyai kaitan dengan Israel itu memberi kesan kepada ekonomi rejin zionis itu,” katanya.

Selain itu Fairuz Hafiz berkata, masyarakat digesa untuk melakukannya dengan sebaik mungkin mengikut kadar kemampuan masing-masing.

boikot israel solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin
Kira-kira 1,000 orang menghadiri Program Semarak Kemanusiaan Palestin yang dianjurkan bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO) Perak di Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2023.

“Kita lakukan tindakan boikot ini ikut sekadar termampu. Ada yang kata boikot yang ini, yang itu tidak. Jadi, jika tidak boleh lakukan semua (memboikot), lakukan sedikit sudah memadai. Namun apa yang penting untuk kita lakukan ia semaksimum mungkin,” ujarnya lagi.

Beliau terdahulu ditemui pemberita pada Program Semarak Kemanusiaan Palestin di di Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, dekat sini, malam tadi.

Program yang dianjurkan bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO) di Perak itu turut dihadiri kira-kira 1,000 orang.

solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin
Kira-kira 1,000 orang menghadiri Program Semarak Kemanusiaan Palestin yang dianjurkan bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO) Perak di Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2023.
solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin solidariti palestin gaza perak semarak perak masyarakat rakyat perak NGO Perak semarak palestin gaza israel gaza palestin
Kira-kira 1,000 orang menghadiri Program Semarak Kemanusiaan Palestin yang dianjurkan bersama 20 badan bukan kerajaan (NGO) Perak di Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 NOVEMBER 2023.

Pada Sabtu, akhbar Sinar Harian melaporkan usaha rakyat Malaysia memboikot jenama dan beberapa syarikat yang menyatakan sokongan terhadap Israel dilihat membuahkan hasil apabila produk tersebut tidak lagi mendapat sambutan di pasaran.

Pengerusi Boikot, Pelupusan Pelaburan dan Sekatan (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail dilaporkan berkata, permintaan yang terjejas ke atas produk terbabit menyebabkan syarikat pengeluar berdepan kerugian seterusnya menghentikan pengeluaran. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kempen ‘boikot’: Usahawan tempatan disaran ambil peluang

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI