Seleweng diesel: KPDN serbu stor, stesen minyak disyaki subahat

IPOH – Aktiviti sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sebuah stor di Gopeng terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), pada Jumaat.

Pengarah KPDN Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, sebanyak 7,000 liter bahan bakar itu ditemui dalam sebuah tangki skid di stor berkenaan dalam serbuan yang dilakukan pada jam 9 pagi.

Katanya, serbuan berkenaan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihaknya selama dua minggu di sekitar Bandar Raya Ipoh.

Datuk Kamalludin Ismail KPDN Perak penguat kuasa minyak diesel bersubsidi menyeleweng seleweng diesel stor stesen minyak Gopeng Tambun
Penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya membongkar aktiviti sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di Gopeng. Foto IHSAN KPDN PERAK

“Hasil risikan mendapati, modus operandi sindiket ini adalah menggunakan sebuah lori yang mana tangki asal telah diubah sual.

“Lori berkenaan kemudian akan membuat pembelian secara berulang di stesen minyak di sekitar Ipoh, termasuk di sebuah stesen minyak di Tambun yang disyaki bersubahat.

“Pemandu lori kemudian akan mengisi minyak diesel ke dalam tangki asal sebelum ia disedut masuk ke dalam tangki Intermediate Bulk Container (IBC) di atas lori,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Tambah Kamalludin, hasil siasatan awal juga mendapati, sindiket terbabit akan menjual minyak diesel itu kepada pasaran gelap yang disyaki melibatkan beberapa syarikat di sekitar Ipoh, pada harga yang lebih tinggi berbanding di pasaran.

Datuk Kamalludin Ismail KPDN Perak penguat kuasa minyak diesel bersubsidi menyeleweng seleweng diesel stor stesen minyak Gopeng Tambun
Penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya membongkar aktiviti sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di Gopeng. Foto IHSAN KPDN PERAK

Ujar beliau, diesel, tangki, lori dan peralatan-peralatan lain yang berjumlah hampir RM80,000 telah disita dengan pemandu lelaki tempatan berusia 25 tahun serta pemilik stor berusia 32 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

“Tindakan susulan hasil maklumat risikan, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak telah membuat serbuan ke atas sebuah stesen minyak di Tambun.

“Semakan awal mendapati pemilik syarikat mengaku membuat 13 transaksi pembelian diesel kepada pemandu lori yang berkenaan, dengan 3,000 liter dalam masa satu jam di stesen minyak tersebut,” katanya lagi.

Kamalludin memberitahu kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPDN rampas 5,510 liter diesel subsidi di Taiping

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI