GOPENG – Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter di Batu 3 Jalan Gopeng, Kota Bharu, di sini, tengah malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 12.59 tengah malam.
Menurutnya, sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil telah terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter.
“Terdapat seorang wanita tercampak keluar dan kita melakukan operasi menyelamat dengan membawa naik mangsa dengan menggunakan pengusung,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. – MG Perak
Artikel Berkaitan: