Lima nyaris maut nahas tiga kenderaan di Batu Gajah

BATU GAJAH – Empat cedera manakala seorang lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Batu 6 Jalan Tanjung Tualang di sini, petang Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan itu melibatkan kereta jenis Proton Perdana, Perodua Kelisa dan Perodua Kancil.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 3.02 petang dan tiba kira-kira 10 minit kemudian di lokasi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah tiba ke lokasi dan mendapati terdapat lima mangsa, empat daripadanya cedera manakala seorang lagi terselamat.

“Kesemua mereka telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, anggota bomba memberikan bantuan rawatan kepada mangsa sebelum menyerahkan mereka kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Azlan Che In itu tamat pada jam 3.40 petang. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI