‘Setialah kepada satu parti’ – Saarani

IPOH – Semua anggota parti dalam gabungan kerjasama Kerajaan Perpaduan sama-sama harus membendung daripada berlaku budaya bertukar parti antara satu sama lain.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, saranan itu tidak hanya dituju hanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, malah ia juga dituju kepada semua anggota parti itu.

Katanya, sekiranya perkara itu terus dibenarkan, ia memberi ‘signal’ atau isyarat salah kepada generasi muda terhadap perkembangan politik tanah air.

“Saya bersetuju dengan pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu untuk elakkan ia daripada berlaku.

“Elakkan sesama ahli dalam gabungan (Kerajaan Perpaduan) daripada meninggalkan parti sendiri dan masuk ke parti lain.

“Ini ada yang kata keluar UMNO, dan masuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nanti pula ada kata yang dari PKR, masuk UMNO.

“Kedua-dua situasi ini tidak cantik. Oleh itu, kepada ahli parti, setialah dengan satu parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Perak tahun 2024 di Royal Perak Golf Club, dekat sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, untuk jangka masa panjang khususnya berkaitan kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan pertukaran parti seharusnya tidak dibenarkan berlaku.

“Ini kerana ia akan menimbulkan rasa curiga, serta rasa hilang kepercayaan antara satu sama lain,” jelas beliau.

Media sebelum ini melaporkan, Tengku Zafrul mengakui wujud perbincangan dengan PKR, namun belum membuat keputusan berhubung penyertaannya dalam parti itu.

Tengku Zafrul yang juga Ahli MKT UMNO itu bagaimanapun berkata, perbincangan berkenaan tidak membabitkan jawatan di peringkat negeri mahupun pilihan raya kecil.

Ahmad Zahid pula dilaporkan memberi amaran supaya semua parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu mengelak daripada ‘mencuri’ ahli atau pemimpin parti lain dalam gabungan itu. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Ahmad Zahid ingatkan parti komponen kerajaan jangan ‘curi’ ahli parti lain

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI