Sindiket jual diesel pasaran gelap di Kampar tumpas

KAMPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi menerusi Op Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di sini pada Rabu.

Serbuan sekitar jam 9 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN hasil risikan berhubung kegiatan penyelewengan minyak diesel yang dipercayai diperoleh daripada beberapa stesen minyak di kawasan sekitar.

Pengarah KPDN Perak, Kamalludin Ismail berkata, pemantauan selama seminggu telah membawa kepada penemuan sebuah lori kargo tiga tan jenis Canter yang disyaki digunakan dalam kegiatan tersebut.

“Siasatan mendapati kenderaan itu telah diubah suai dengan pemasangan tangki tambahan berkapasiti kira-kira 3,000 liter di bahagian muatan bagi tujuan mengumpul diesel.

Sindiket jual diesel pasaran gelap tumpas di Kampar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi menerusi Op Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di Kampar, semalam. Foto KPDN Perak

“Sindiket berkenaan dipercayai beroperasi pada waktu lewat malam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, sebelum menjual semula diesel yang dikumpul kepada pihak industri melalui pasaran gelap.

“Dalam serbuan tersebut, seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang juga pemandu lori berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Selain itu, kita turut menyita sebanyak 1,000 liter diesel bersama sebuah lori tiga tan, tiga tangki IBC (bekas pukal perantaraan), satu unit pam, satu set hos serta satu resit pembelian diesel dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM49,370,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

KPDN rampas 94 tong LPG, 270 liter petrol di perkampungan Orang Asli

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI