Situasi banjir di LMS pulih

TAIPING – Situasi banjir di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) kini pulih sepenuhnya dengan penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsan (SK) Matang, pada Isnin.

Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) LMS, Mohd Nasrul Menhat berkata, PPS berkenaan ditutup pada jam 2 petang.

“Hasil pemantauan mendapati keadaan lokasi bencana banjir ketika ini telah selamat dan semua mangsa bencana banjir telah kembali ke rumah masing-masing.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dan menyelaras selia PPS dengan baik sepanjang ia beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Terdahulu, Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan, PPS berkenaan menempatkan 23 mangsa yang terjejas banjir setakat jam 12 tengah hari tadi.

Katanya, ia melibatkan enam keluarga dari Kampung Matang Jambu dan Kampung Teluk Kertang yang berlindung di PPS yang beroperasi sejak Jumaat lalu itu.

“Tiga lagi PPS iaitu PPS Dewan Serbaguna Taman Kaya telah ditutup pada Sabtu, sementara PPS SK Simpang dan PPS SK Matang Gelugor ditutup pada Ahad,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, berdasarkan data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kesemua sungai di Perak berada pada tahap normal, namun Jabatan Meteorologi meramalkan berlaku kejadian ribut dan hujan di daerah LSM pada sebelah petang serta malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

107 mangsa banjir masih ditempatkan di tiga PPS di Taiping

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI