Sorok minyak masak subsidi, jual harga lebih mahal

TAIPING – Sejumlah 303 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi disorok di stor simpanan barang di sebuah kedai runcit di Halaman Pasar, di sini.

Taktik menyembunyikan minyak masak peket itu terbongkar apabila premis tersebut diserbu sepasukan pegawai dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Taiping sekitar jam 1 tengah hari pada Isnin.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan ini dilakukan hasil maklumat dan aduan orang awam berkenaan premis yang menjual minyak masak peket 1kg bersubsidi pada harga RM2.80 melebihi harga ditetapkan kerajaan iaitu RM2.50.

“Susulan aduan tersebut, satu tindakan uji beli melalui Ops Samar telah dilaksanakan dan hasilnya mendapati pekerja premis memaklumkan bahawa minyak masak peket telah habis dijual.

“Curiga dengan jawapan pekerja premis, satu pemeriksaan lanjut dilakukan oleh sepasukan pegawai serta penguat kuasa beruniform dan telah menemui sebanyak 303kg minyak masak peket 1kg yang disimpan di stor simpanan barang.

Anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Taiping memeriksa minyak masak peket bersubsidi yang disorok di stor simpanan barang di sebuah kedai runcit di Halaman Pasar, Taiping. Foto ihsan KPDN Perak

“Manakala, sebahagiannya ditemui di dalam kaunter bayaran premis terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya bertindak menyita kesemua 303kg minyak masak peket 1kg termasuk beberapa dokumen berkaitan kerana disyaki secara palsu menafikan bahawa dia mempunyai barang kawalan berjadual iaitu minyak masak peket 1kg dalam milikannya.

“Kesemua barang rampasan dianggarkan berjumlah RM757.50 dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” ujarnya.

Kamalludin turut memberi peringatan bahawa KPDN memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Premis jual minyak masak RM2.70 sepeket diserbu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI