KUALA LUMPUR – Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 akan dilaksanakan bermula 26 Oktober hingga 1 Disember 2026.
Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, secara keseluruhan, seramai 420,879 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2026 di 3,334 buah pusat peperiksaan seluruh negara.
“Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat.
“KPM komited untuk melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan SPM Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Berikut adalah jadual ujian dan peperiksaan SPM 2026:
| Tarikh | Ujian/Peperiksaan |
| 26 – 29 Oktober 2026 | Ujian Bertutur Bahasa Melayu |
| 02 – 05 November 2026 | Ujian Bertutur Bahasa Inggeris |
| 16 – 18 November 2026 | Ujian Amali Sains |
| 23 November 2026 –
17 Disember 2026 |
Peperiksaan Bertulis |
| 30 November 2026 | Ujian Mendengar Bahasa Melayu |
| 01 Disember 2026 | Ujian Mendengar Bahasa Inggeris |
-MalaysiaGazette


