Stesen minyak di Ayer Tawar dikenakan tindakan jual RON95 kepada kenderaan asing

BERUAS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan pekerja di sebuah stesen minyak di Ayer Tawar mengisi petrol RON95 ke dalam sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing, pada Jumaat.

Pengarah KPDN Perak Datuk Kamaluddin Ismail berkata, hasil pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan KPDN Cawangan Manjung mendapati kejadian berlaku kira-kira pada jam 9 malam, pada Rabu lalu.

Katanya, siasatan lanjut mendapati aktiviti pembelian petrol RON95 telah dibuat oleh warga Malaysia melalui BUDI95 dan bayaran menggunakan kaedah secara kad kredit dikaunter.

Stesen Minyak Ayer Tawar Disiasat Jual RON95 Kepada Kenderaan Asing KPDN Ambil Tindakan Isu RON95 Dijual Kepada Kenderaan Asing Video Tular: Stesen Minyak Di Ayer Tawar Disiasat KPDN RON95 kenderaan asing Ayer Tawar KPDN Perak, stesen minyak Ayer Tawar, jual RON95, kenderaan nombor asing, video tular RON95, Akta Kawalan Bekalan 1961, Kamaluddin Ismail, BUDI95
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Cawangan Manjung menjalankan siasatan ke atas sebuah stesen minyak di Ayer Tawar susulan video tular mendakwa pekerja di premis tersebut mengisi petrol RON95 ke dalam sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing. Foto KPDN Perak

“Manakala kenderaan yang digunakan pula adalah disyaki menggunakan nombor pendaftaran asing. Daripada semakan terhadap transaksi, hanya sebahagian daripada jumlah pembelian telah berjaya diisi sebelum pengisian dihentikan sepenuhnya.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu juga telah diperoleh dan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Justeru Kamaluddin berkata, satu tindakan kes telah diambil berhubung kesalahan menjual petrol RON 95 bagi kegunaan kenderaan asing di bawah subperaturan 3 (2) Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON 95) 2026.

Jelas beliau, KPDN Perak juga mengambil tindakan kes ke atas kesalahan membeli bahan bakar iti bagi kegunaan kenderaan asing mengikut subperaturan 4 (3) peraturan sama kerana melanggar subperaturan 4 (1).

Stesen Minyak Ayer Tawar Disiasat Jual RON95 Kepada Kenderaan Asing KPDN Ambil Tindakan Isu RON95 Dijual Kepada Kenderaan Asing Video Tular: Stesen Minyak Di Ayer Tawar Disiasat KPDN RON95 kenderaan asing Ayer Tawar KPDN Perak, stesen minyak Ayer Tawar, jual RON95, kenderaan nombor asing, video tular RON95, Akta Kawalan Bekalan 1961, Kamaluddin Ismail, BUDI95
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak Cawangan Manjung menjalankan siasatan ke atas sebuah stesen minyak di Ayer Tawar susulan video tular mendakwa pekerja di premis tersebut mengisi petrol RON95 ke dalam sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing. Foto KPDN Perak

“Kes ini akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta, bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua duanya
sekali.

“Manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” ujarnya.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 2 minit 16 saat yang memaparkan berlaku aktiviti pengisian bahan api RON95 ke dalam kenderaan bernombor pendaftaran asing dari negara jiran.

Wanita dipercayai pemilik kenderaan berkenaan didakwa telah mengangkat but keretanya sebagai taktik cuba mengaburi nombor pendaftaran kenderaan asing bagi mengelak dikesan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Harga subsidi Budi Madani RON95 kekal RM1.99 seliter – MoF

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI