Suami isteri tersepit, kereta terbabas

PASIR SALAK – Sepasang suami isteri tersepit selepas kereta yang dinaiki terbabas di bahu jalan di Jalan Tanjung Tualang, berhampiran Kampung Changkat Rambai, Kampong Gajah, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 3.21 petang.

Katanya, lima anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampong Gajah telah diatur gerak ke lokasi.

suami isteri tersepit sepit kemalangan jalan raya terbabas kerja bomba perak JBPM Sabarodzi Nor Ahmad
Bomba menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 3.21 petang. foto JBPM PERAK

“Setibanya pasukan bomba ke lokasi mendapati suami telah dibawa keluar oleh orang awam, sementara isteri mangsa masih tersepit dalam bangkai kereta jenis Proton Wira.

“Pasukan bomba melakukan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan penyelamatan bagi membawa keluar mangsa yang masih tersepit itu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Menurut beliau, sebaik berjaya dibawa keluar, kedua-dua mangsa itu diserahkan kepada pegawai perubatan untuk dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Identiti suami isteri dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Megat Mohamad Dahari Megat Jamaluddin itu tamat pada jam 3.58 petang. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal maut, penumpang wanita cedera tersepit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI