IPOH – Atlet Wushu Perak, Foo Mun Fei terus beraksi cemerlang selepas menghadiahkan satu lagi pingat perak buat kontinjen negeri pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak.
Pingat itu disumbangkan atlet berusia 19 tahun melalui sukan Wushu Taolu acara Nandao Lelaki yang berlangsung di Stadium Wushu Sarawak, Kuching, pada Jumaat.
Mun Fei berada di kedudukan kedua podium selepas memperoleh 9.596 mata berbanding Bryan Ti Kai Jie dari Melaka yang meraih emas melalui kutipan 9.613 mata.
Atlet tuan rumah, Fung Tai Leong, terpaksa akur dengan atlet Perak selepas memperoleh pingat gangsa dengan kutipan 9.583 mata.
Mun Fei merupakan atlet dari Kontinjen Perak yang telah menyumbang tiga pingat secara keseluruhan yang melibatkan satu emas, dan dua perak setakat ini. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
[…] SUKMA 2024: Mun Fei terus pamer aksi cemerlang […]