SUKMA 2024: Perak capai sasaran 35 emas, tempat ketujuh

KONTINJEN Perak berjaya mencapai sasaran 35 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 yang berakhir hari ini.

Ia sekaligus meletakkan pasukan Belang Tarung Tiga Warna itu dikedudukan ketujuh dibelakang Johor (keenam), Terengganu (kelima), Pulau Pinang (keempat), Selangor (ketiga), Wilayah Persekutuan (kedua) dan Sarawak (pertama).

Selain itu, kontinjen Perak turut meraih 37 pingat perak dan 56 gangsa pada Temasya Sukma Edisi ke-21 itu.

Jumlah kutipan keseluruhan sebanyak 128 pingat yang menempatkan kontinjen Perak di tangga ketujuh daripada 14 negeri bertanding termasuk negara Brunei Darussalam.

Sukan tempur seperti acara pencak silat, muay thai, serta kriket, dan hoki antara sukan yang disasarkan sebelum ini telah membantu menyumbang emas kepada kontinjen negeri.

Atlet kriket Perak menyumbang pingat emas terakhir menerusi pusingan akhir perlawanan T10 Lelaki dan Wanita di Padang kriket dan Ragbi Petra Jaya.

Sukma kali ini melibatkan 37 jenis sukan dengan 488 acara terdiri 236 acara lelaki, 217 acara wanita, 35 acara campuran dipertandingkan bagi merebut pingat-pingat emas yang ditawarkan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak ungguli final kriket T10 lelaki, Wanita

SUKMA Sarawak: Perak mahu di kedudukan lima terbaik, sasar 35 emas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI