Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Pemasyhuran Presiden KBGK

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Pemasyhuran Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) 2024, di Hotel Casuarina Meru Raya, dekat sini, pada Sabtu.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Pada majlis itu, usahawan, Muhammad Hamzah Md Hamdan dimasyhurkan sebagai Presiden kelab ke-38 menggantikan Sheikh Izat Azhar Sheikh Ahmad.

Keahlian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sejak tahun 1976 itu terdiri daripada pegawai kerajaan, ahli perniagaan, ahli politik serta golongan profesional.

Muhammad Hamzah, 38, aktif dalam pelbagai pertubuhan antaranya sebagai Presiden Kelab Belia dan Rakan Muda Bandar Ipoh, Naib Presiden Persatuan Ragbi Negeri Perak, serta Bendahari Persatuan Kelab Penyokong Bola Sepak Perak.

Selain itu, Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat itu juga menjawat jawatan sebagai Setiausaha Koperasi Kinta

Ketika berucap pada majlis, Muhammad Hamzah berkata, KBGK berjaya menyumbangkan dana sebanyak RM2.4 juta kepada pembinaan Maahad Tahfiz Addin, Sungai Ular, Bagan Datuk.

Selain itu, majlis sama turut menyampaikan Anugerah Khas KBGK kepada Seniman Diraja, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai ‘Datuk Lat’.

Pada majlis berkenaan, KBGK turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM16,000 kepada pelajar Palestin di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) serta RM400,000 kepada Maahad Tahfiz AlQuran WalQiraat Addin-11. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-16

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI