Sultan Nazrin rasmi Menara LHDN Teluk Intan

TELUK INTAN – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dikenali sebagai Menara HASiL Teluk Intan, dekat sini, pada Selasa.

Turut berangkat ke majlis perasmian, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan baginda diiringi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying serta Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Teluk Intan Perak LHDN Menara HASiL bangunan beroperasi Abu Tariq kerajaan pegawai perasmian sultan nazrin perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bergambar bersama kakitangan HASiL pada Majlis Perasmian Menara HASiL Teluk Intan, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 FEBRUARI 2025.

Bangunan pejabat tiga tingkat di atas tanah berkeluasan 4.05 hektar itu dibangunkan dengan nilai kontrak pembinaan RM26.3 juta dan ia mula beroperasi pada 15 Mei 2018.

Abu Tariq ketika sembah ucapan berkata, Menara HASiL Teluk Intan turut dilengkapi dengan ruang kerja, dewan serbaguna, bilik mesyuarat, serta kafeteria.

Di samping itu ujar beliau, kaunter percukaian dengan reka bentuk moden kontemporari turut disediakan sebagai memberi manfaat kepada komuniti dan penduduk setempat.

Teluk Intan Perak LHDN Menara HASiL bangunan beroperasi Abu Tariq kerajaan pegawai perasmian sultan nazrin perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan meletakkan plak perasmian pada Majlis Perasmian Menara HASiL Teluk Intan, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 FEBRUARI 2025.

“Pemilikan sebuah bangunan yang penuh dengan kemudahan ini menawarkan ruang urusan yang lebih selesa dan kondusif kepada golongan rentan.

“Ia juga termasuk kepada golongan kurang kemampuan di bawah program Bantuan Khas Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA),” katanya.

Menurut Abu Tariq, Pejabat LHDN Teluk Intan mula ditubuhkan di Bangunan Bank HSBC Teluk Intan pada tahun 1955 dengan terdiri daripada lapan orang pegawai.

Kata beliau, ia kemudian berpindah ke ke Bangunan Persekutuan dekat sini pada tahun 1975 dan beroperasi sehingga tahun 1991, sebelum berpindah ke Wisma Mah Hock Cheong.

“Pada 1 Mac 1999 Pejabat LHDN Teluk Intan sekali lagi berpindah ke bangunan Bangunan Koperasi Orang Melayu, Kerajaan Perak (SKOMK) sehingga Mei 2018,” tambahnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI