Sultan Nazrin sambut baik pelan pemuliharaan Harimau Malaya, Santuari Gajah Gerik

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyambut baik pelaksanaan Pelan Tindakan Krisis Harimau Malaya serta cadangan penubuhan Pusat Santuari Gajah Perak di Gerik sebagai inisiatif strategik menangani konflik manusia dan haiwan.

Titah baginda, selain berpaksikan kelestarian habitat, inisiatif yang digerakkan kerajaan itu juga dilihat sebagai usaha yang berasaskan kepada sains konservasi.

“Khazanah alam semula jadi adalah manifestasi keagungan Ilahi. Manusia dan hidupan liar diciptakan untuk hidup secara simbiosis serta saling melengkapi demi keseimbangan ekosistem.

“Usaha-usaha ini, disokong dengan pengekalan hampir satu juta hektar Hutan Simpanan Kekal di negeri ini. Ia diperkukuh melalui komitmen terhadap Pelan Induk Central Forest Spine (Pelan Induk Ekologi Central Forest Spine) sebagai kerangka strategik perancangan guna tanah yang lestari dan bersepadu,” titah baginda.

Sultan Nazrin Harimau Malaya Perak pelan tindakan Harimau Malaya, Santuari Gajah Gerik, konflik manusia haiwan Perak, Central Forest Spine, hutan simpanan kekal Perak, konservasi hidupan liar Malaysia, perubahan iklim Perak gajah
Gambar fail: Gelagat seekor harimau yang menjadi tarikan utama pengunjung ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Zoo Negara, Ampang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2023.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu titah Sultan Nazrin, pengurusan alam sekitar tidak boleh lagi dianggap sebagai isu sampingan dalam era perubahan iklim ketika ini yang memberi kesan kepada jutaan manusia di seluruh dunia.

Baginda bertitah, penyelesaian sebenar terhadap isu berkenaan bukan terletak pada penguatkuasaan undang-undang, sebaliknya ia kepada perubahan falsafah.

Gambar fail: Kilat memancar berlatar belakangkan menara berkembar KLCC berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga 7 malam ini ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bukit Tungku, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 APRIL 2025.

Titah Sultan Nazrin, ia membabitkan daripada penguasaan kepada kebertanggungjawaban, daripada eksploitasi kepada penjagaan, dan daripada keangkuhan manusia kepada kerendahan diri sebagai sebahagian daripada alam.

“Kos pemulihan bencana yang tinggi, membuktikan kerosakan alam sekitar pada akhirnya akan membebankan negara dan negeri dengan tanggungan kewangan yang lebih besar.

“Alam sebenarnya sedang memberi maklum balas terhadap perbuatan manusia yang telah melampaui batas etika dan rasional ekologi.

“Oleh itu wajib disedari bahwa pengurusan alam sekitar yang strategik akan menentukan masa hadapan negara,” titah baginda. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Ribut Tropika Senyar: Perak tidak terjejas, namun kekal siap siaga

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI