Sultan Nazrin sempurnakan istiadat pembukaan Persidangan DUN Perak

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.

Turut berangkat ke istiadat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Sultan Nazrin buka Persidangan DUN Perak Istiadat pembukaan DUN Perak, Sultan Perak Nazrin Muizzuddin Shah, Persidangan Dewan Negeri Perak, Saarani Mohamad DUN Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, sidang DUN Perak 2026
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 APRIL 2026.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Istiadat dimulakan dengan berkumandang lagu kebesaran negeri Perak sebelum baginda berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama.

Sultan Nazrin buka Persidangan DUN Perak Istiadat pembukaan DUN Perak, Sultan Perak Nazrin Muizzuddin Shah, Persidangan Dewan Negeri Perak, Saarani Mohamad DUN Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, sidang DUN Perak 2026
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 APRIL 2026.

Kawalan kehormatan terdiri daripada tiga orang pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Pasukan Gerakan Am Briged (PGA) Utara Ulu Kinta dengan diketuai Pegawai Pemerintah Batalion 1, Supritendan Ooi Jin Bin.

Pancaragam Pengiring pula terdiri daripada pasukan Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cawangan Kedah yang dipimpin Inspektor Syed Mohd Izzudin Syed Salehudin.

Persidangan DUN Perak kali ini akan bermula pada Rabu hingga Selasa minggu hadapan atau 22 April ini. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak akan bentang RUU Enakmen Akta Perhutanan Negara dalam sidang DUN

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI