Sultan Perak berkenan rasmi Hospital Seri Iskandar

PARIT – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Hospital Seri Iskandar di sini, pada Khamis.

Turut berangkat ke majlis Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Hospital Seri Iskandar memulakan operasinya secara rasmi pada 11 Disember 2024

Baginda kemudiannya berkenan melafazkan lafaz perasmian dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian sebelum melawat pameran, disusuli majlis santapan dan melawat bangunan hospital sebelum berangkat pulang.

Hospital Seri Iskandar memulakan operasinya secara rasmi pada 11 Disember 2024 bagi mengantikan Hospital Changkat Melintang yang telah dibuka sejak 1971.

Pembinaan Bangunan Hospital Seri Iskandar merupakan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), dengan dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM153.18 juta.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Hospital Seri Iskandar di Parit, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 14 MEI 2026.

Projek ini melibatkan keluasan tanah 18.9 ekar, merangkumi bangunan setinggi tiga tingkat dan mula beroperasi sepenuhnya pada 11 Disember 2024.

Hospital ini meliputi 12 mukim, satu bandar dan lima pekan iaitu mukim Bandar, Belanja, Bota, Jaya Baru, Kg Gajah, Kota Setia, Lambor Kanan, Lambor Kiri, Layang-Layang, Pasir Panjang Hulu, Pasir Salak Dan Pulau Tiga serta Bandar Seri Iskandar, Pekan Bota Kanan, Kampung Buloh Akar, Kota Setia, Parit dan Tanjong Belanja. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI