Sultan Perak zahir rasa dukacita isu agama, kaum terus disensasikan

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita apabila terdapat segelintir pihak yang mensensasikan isu agama dan kaum sebagai yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat di negara ini.

Titah baginda, walaupun isu pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliaman di Kuala Lumpur sudah selesai, tetapi masih wujud pihak yang mempolemikkannya dan dipolitikkan sehi  gga menjentik emosi yang meresahkan rakyat.

“Ada kalanya perkara kecil dan setempat berkaitan agama dan kaum, dipilih untuk dieksploitasi, sehingga berpotensi mencetuskan letupan besar.

“Perkara mengenai agama dan kaum, semakin disensasikan – semakin ditunggang oleh mereka yang mahu diiktiraf sebagai wira kaum dan wira agama, meskipun berpotensi mencetuskan kemarahan dan rasa permusuhan sesama warga,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan rasmi Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, baginda bertitah, negara sedang berhadapan untuk mencari formula supaya semua pihak lebih faham dan rasional, serta bersedia melihat melalui lensa penyatuan dan perpaduan, berasaskan nilai-nilai kemanusiaan yang menghargai keharmonian.

“Sangat mendukacitakan politik kebencian dijadikan pilihan, dan dikhuatiri negara bakal menghadapi warga yang tidak lagi bersatu, malah membenci dan memusuhi antara satu sama lain.

“Negara ini semakin disemai benih-benih kebencian secara keterlaluan hingga terhakisnya kompas moral dan gugurnya empati apabila berurusan dengan pihak yang tidak sekata.

“Kelihatan semakin subur budaya fitnah, semakin sarat budaya yang merestui perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah lawan politik dan semakin luntur nilai-nilai keinsanan dan kemanusiaan.  Kebenaran bagaikan tiada lagi mempunyai nilai dan harga,” ujar baginda.

Sultan Nazrin bertitah bahawa semua agama menekankan nilai belas kasihan dan keadilan.

“Islam menganjurkan ummah untuk melakukan yang baik dan indah.  Agama Kristian menekankan elemen rahmat, sementara agama Hindu dan ajaran Buddha menekan elemen ‘dharma’ yang mengutamakan kebenaran; seruan untuk bertindak secara adil berpaksikan belas kasihan.

“Ternyata kesemua agama memiliki pedoman yang seiring, iaitu jangan lakukan kepada pihak lain perkara yang kita tidak mahu orang lain lakukan kepada kita,” jelas baginda. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin puji pemimpin dua agama ‘buka pintu’ bantu mangsa Putra Heights

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI