‘Tahun Melawat Perak 2024 hambar? Ketua pembangkang seolah-olah buta hati’ – Exco Perak

IPOH – Exco Perak menafikan kenyataan Ketua Pembangkang, Razman Zakaria yang mendakwa kawasan luar bandar tidak diketengahkan dalam Tahun Melawat Perak 2024 disamping promosi kempen hambar.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, tiada mana-mana daerah di negeri ini yang dipinggirkan dalam usaha pembangunan yang berkaitan dengan sektor pelancongan.

Menurutnya, peruntukan RM11.2 juta daripada kerajaan negeri untuk usaha itu diagihkan  secara adil ke seluruh negeri dengan ia dinilai pejabat daerah dan tanah masing-masing.

tahun melawat perak exco perak Loh Sze Yee tahun melawat perak exco perak Loh Sze Yee
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee (tengah) pada sesi sidang media berkenaan perkembangan kempen Tahun Melawat Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 MAC 2024.

Mengambil contoh Daerah Manjung, Sze Yee berkata, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan sebagaimana yang dipohon bagi pembambahan bilangan tandas awam sebagai usaha menampung keperluan dan keselesaan pengunjung di pantai Teluk Batik.

“Saya kena ikut nasihat dan pandangan pegawai kerajaan, pakar dan pemain industri setempat tentang apa yang sesuai untuk dibangunkan di kawasan mereka.

“Jika apa yang mereka rasakan sesuatu produk pelancongan (atau infrastruktur) itu baik dibangunkan mahupun ditambah baik, tanpa menjejaskan alam sekitar atau bantahan awam, tidak ada masalah untuk kita salurkan peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan perkembangan terkini Tahun Melawat Perak 2024, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Sze Yee menjelaskan kerajaan negeri melalui Tourism Perak telah menyusun 150 acara pada kalender pelancongan negeri sepanjang tahun ini yang mana ia juga akan ditambah dari semasa ke semasa.

Jelas beliau, selain acara bersifat domestik, pelbagai program bertaraf antarabangsa juga akan berlangsung bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024, antaranya Geopark 5 Run, Lenggong Outdoor Festival, Ipoh International Art Festival, Ipoh Fashion Show Week dan sebagainya.

Sze Yee berkata, antara acara terkini yang diadakan adalah Pesta Teluk Batik yang diadakan selama lima hari bermula 21 Februari lalu dengan kehadiran 30,000 pengunjung.

Katanya lagi, pelbagai usaha promosi produk pelancongan giat dijalankan di dalam dan luar luar Perak termasuk melalui pemasangan gegantung, pengiklanan media elektronik, media sosial serta program promosi secara fizikal.

tahun melawat perak exco perak Loh Sze Yee tahun melawat perak exco perak Loh Sze Yee
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee (tengah) pada sesi sidang media berkenaan perkembangan kempen Tahun Melawat Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 MAC 2024.

“Kita sudah membentangkan dan menjelaskan perkara ini semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini, namun ketua pembangkang masih seolah-olah membuta hati dan membuta mata.

“Beliau seperti tidak mahu mendengar segala fakta yang kita telah utarakan berkali-kali termasuk dalam pelbagai laporan media,” katanya lagi.

Pada Khamis, media melaporkan Razman mendakwa promosi Tahun Melawat Perak 2024 hambar apabila banyak kawasan-kawasan menarik di negeri ini tidak diketengahkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, dilaporkan mendakwa kawasan pelancongan luar bandar di Perak tidak dipromosikan untuk menarik perhatian pelancong. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tahun Melawat Perak 2024: Tourism Perak, Hovid jalin kerjasama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI