Tahun Melawat Perak 2024: Tourism Perak, Hovid jalin kerjasama

IPOH – Agensi penggerak pelancongan Negeri Perak, Tourism Perak menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat farmaseutikal tempatan, Hovid Berhad (Hovid) bagi merancakkan kempen Tahun Melawat Perak 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata, di bawah usaha itu, Hovid akan menghasilkan pembungkusan eksklusif yang memaparkan produk dan ikon terkenal di Perak terhadap 300,000 unit tin minuman teh herba di bawah jenama ‘Ho Yan Hor’.

Menurutnya, antara yang dipaparkan adalah lukisan Menara Condong Teluk Intan dan Kellie’s Castle atau Istana Kellie Batu Gajah.

tahun melawat perak tourism perak pelancongan perak 2024 hovid tahun melawat perak tourism perak pelancongan perak 2024 hovid
Hasil reka bentuk pembungkusan minuman Teh Herba Ho Yan Hor sempena Tahun Melawat Perak 2024 pada Majlis Penandatanganan Memoradum Persefahaman (MOU) antara Tourism Perak dan Hovid Berhad di Muzium Ho Yan Hor, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 FEBRUARI 2024.

Kata beliau, selain itu syarikat berkenaan juga akan menganjurkan Pameran Warisan Muzium Ho Yan Hor sebagai membantu kerajaan negeri merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Perak 2024.

“Sepanjang tempoh kerjasama ini, Tourism Perak akan menjemput Hovid untuk menyertai pameran di dalam dan luar negara untuk memeriahkan lagi kempen pelancongan negeri itu.

“Diharapkan, dengan kerjasama strategik seumpama ini ia akan dapat merangsangkan lagi Tahun Melawat Perak 2024 dengan sasaran 8 juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong luar negara,” katanya.

tahun melawat perak tourism perak pelancongan perak 2024 hovid tahun melawat perak tourism perak pelancongan perak 2024 hovid
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee (kanan) menyaksikan Majlis Penandatanganan Memoradum Persefahaman (MOU) antara Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa dan Pengarah Eksekutif Hovid Berhad, Sarah Ho Lee Mun di Muzium Ho Yan Hor, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 FEBRUARY 2024.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Tourism Perak dan Hovid di Muzium Ho Yan Hor, dekat sini, pada Selasa.

Ia disempurnakan Nurmalis bersama Pengarah Eksekutif Hovid Sarah Ho Lee Mun dan disaksikan Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak Loh Sze Yee.

Semetara itu, Sze Yee yakin Hovid mampu membantu kerajaan negeri dalam memperkenalkan lagi jenama Perak sehingga ke peringkat antarabangsa.

tahun melawat perak tourism perak pelancongan perak 2024 hovid tahun melawat perak tourism perak pelancongan perak 2024 hovid
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa ketika sesi sidang media pada Majlis Penandatanganan Memoradum Persefahaman (MOU) antara Tourism Perak dan Hovid Berhad di Muzium Ho Yan Hor, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 FEBRUARY 2024.

Jelas beliau, ini kerana syarikat yang berpusat di Ipoh itu juga telah berjaya menembusi pasaran luar seperti Rantau Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika melalui produk-produk seperti teh herba, sanitasi tangan, makanan tambahan dan sebagainya.

tahun melawat perak tourism perak pelancongan perak 2024 hovid tahun melawat perak tourism perak pelancongan perak 2024 hovid
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berucap pada Majlis Penandatanganan Memoradum Persefahaman (MOU) antara Tourism Perak dan Hovid Berhad di Muzium Ho Yan Hor, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 FEBRUARY 2024.

“Setakat ini, tujuh pihak swasta telah menjalin kerjasama strategik dengan Tourism Perak dalam usaha memperhebatkan lagi Tahun Melawat Perak.

“Namun, kita masih lagi terbuka kepada mana-mana pihak lain untuk bersama kita menjayakan kempen pelancongan negeri ini. Kerajaan negeri bersedia untuk menjadi pemudah cara,” ujarnya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Peningkatan kes Covid-19 tidak jejas Tahun Melawat Perak 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI