Tidak Rasmi: BN dahului undi pos dan awal PRK Ayer Kuning

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir mendahului kiraan undi awal dan pos dalam keputusan tidak rasmi setakat jam 7 malam tadi.

Perkara itu dimuat naik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di laman Facebook miliknya.

Menurut beliau, BN mendahului undi pos dengan majoriti 49 bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan Mohamad Yusri sebanyak 77 undi, Abd Muhaimin dari Perikatan Nasional (PN) 28 undi dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) tiga undi.

BN juga turut mendahului undi awal dengan majoriti 326 bagi PRK DUN Ayer Kuning dengan 389 undi, PN (63) dan PSM (5). -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI