Tiga kereta Ngeh Koo Ham terbakar

BERUAS – Tiga kereta dipercayai milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham musnah dalam kebakaran di kediamannya di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar, dekat sini awal pagi tadi.

Difahamkan ketika kejadian Koo Ham dan isteri berada di rumah tersebut.

Dalam kejadian sekitar jam pukul 3 pagi itu, kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus manakala Honda CRV dan Toyota Hilux terbakar kira-kira  lima peratus

Selain kereta, kebakaran itu turut melibatkan siling dan bumbung garaj di rumah tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.05 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Ayer Tawar bergegas ke lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman.

“Anggota kemudian melakukan pemadaman api menggunakan air dan buih (foam) sebelum operasi memadam kebakaran itu tamat sepenuhnya jam 4.44 pagi,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki Orang Asli rentung selepas kereta di parkir terbakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI