Tiga lori terlibat kemalangan di lebuhraya PLUS

GOPENG – Tiga buah lori dengan dua daripadanya muatan perabot dan cerucuk besi terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di kilometer (km) 308.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada sekitar jam 1.10 pagi.

Katanya, kemalangan itu telah mengakibatkan pemandu lori muatan cerucuk besi, Wan Muhammad Raimi Wan Jusoh, 34, mengalami kecederaan ringan.

Menurut beliau, sementara dua yang lain iaitu pemandu lori muatan perabot, Rami Zaki, 42, dan muatan kosong, Ismail Mat, 34 tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati, lori muatan kosong itu dipandu dari arah Selatan menuju ke utara.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan itu telah memandu di lorong kiri sebelum dilanggar dari bahagian belakang oleh sebuah lori dengan muatan cerucuk besi.

“Akibat daripada pelanggaran itu, lori terbabit menggelungsur ke hadapan lalu terlanggar lori dengan muatan perabot di hadapannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohamad Nazri berkata, akibat daripada kemalangan itu lorong kecemasan dan kiri jalan berkenaan terhalang sebelum mengakibatkan lalu lintas bergerak perlahan.

Terdahulu, Plustrafik menerusi laman sosial X memaklumkan, kemalangan melibatkan tiga kenderaan itu telah mengakibatkan kesesakkan lalu lintas sejauh 5 km di PLUS susulan kerja-kerja pengalihan kemalangan.

Walau bagaimanapun katanya, kesemua lorong telah dibuka dan trafik terkawal sekitar jam 11 pagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kemalangan tiga kenderaan: Pemandu Kancil postif dadah 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI