Kemalangan tiga kenderaan: Pemandu Kancil postif dadah – Polis

BATU GAJAH – Pemandu kereta jenis Perodua Kancil yang mengakibatkan kemalangan dua kenderaan lain di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, di sini Sabtu lepas didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, lelaki yang berusia 29 tahun itu ditahan selepas pihak polis menjalankan ujian saringan air kencing terhadapnya pada hari yang sama.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai buruh itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

pemandu perodua kancil dadah pelakon SAC Saiful Gerak Khas kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon SAC Saiful Gerak Khas pemandu peroduak kancil dadah positif dadah positif dadah dadah positif kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon gerak khas
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif ditemu bual selepas melawat rumah keluarga mangsa yang terbabit kemalangan tiga kenderaan di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, baru-baru ini di Medan Bali Emas, Tronoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 NOVEMBER 2023.

“Lelaki itu telah direman selama dua hari bermula Sabtu lalu, dan setakat ini pihak polis sedang menunggu laporan keputusan sampel darah dan air kencing suspek yang telah dihantar ke Jabatan Kimia.

“Ia bagi pihak polis dapat melengkapkan kertas siasatan kes itu sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut

“Selain itu, hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dadah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke rumah salah seorang mangsa kemalangan di Medan Bali Emas di Tronoh, dekat sini, pada Jumaat.

pemandu perodua kancil dadah pelakon SAC Saiful Gerak Khas kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon SAC Saiful Gerak Khas pemandu peroduak kancil dadah positif dadah positif dadah dadah positif kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon gerak khas
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif bersama Datuk Shaharon Anuar melawat rumah keluarga salah seorang mangsa yang terbabit kemalangan tiga kenderaan di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, baru-baru ini di Medan Bali Emas, Tronoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 NOVEMBER 2023.

Hadir sama, Pengurus Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Perak, Zulhelmie Mohd Mustafa serta yang turut terlibat dalam kemalangan, Bekas Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif, dan isteri, Datin Norasmariah Basri.

Pada lawatan berkenaan, mangsa Mohd Khairil Azlan Abdul Rahman, 38, dan isteri, Nur Azlinda Abu Kassim, 34, menerima sumbangan berupa tunai dan kotak makanan.

Dalam pada itu, Mohamad Roy berkata siasatan bagi kes berkenaan masih dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 45 akta sama, serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

pemandu perodua kancil dadah pelakon SAC Saiful Gerak Khas kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon SAC Saiful Gerak Khas pemandu peroduak kancil dadah positif dadah positif dadah dadah positif kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon gerak khaspemandu perodua kancil dadah pelakon SAC Saiful Gerak Khas kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon SAC Saiful Gerak Khas pemandu peroduak kancil dadah positif dadah positif dadah dadah positif kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon gerak khas
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif bersama Datuk Shaharon Anuar melawat rumah keluarga mangsa yang terbabit kemalangan tiga kenderaan di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, baru-baru ini di Medan Bali Emas, Tronoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 NOVEMBER 2023.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak memandu kenderaan ketika berada di bawah pengaruh dadah mahupun alkohol.

“Semua pengguna jalan raya harus mematuhi undang-undang lalu lintas dan sekiranya tidak, dibimbangi akan berlaku kemalangan yang mendatangkan kecederaan orang lain, dan paling teruk mengakibatkan kehilangan nyawa,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan Shaharon Anuar yang juga pernah membintangi drama bersiri Gerak Khas, dan isterinya terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, pada Sabtu.

Susulan kejadian itu Shaharon Anuar, 61,dan isteri, Norasmariah 46, cedera pada bahagian dada sebelum menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Ipoh.

Kejadian kemalangan yang dirakam menerusi rakaman camera litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit dan 16 saat itu turut tular di media sosial. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘SAC Saiful’ Gerak Khas terlibat kemalangan jalan raya

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI