‘Semangat menyelamat tidak pudar walau terlibat kemalangan’ – Shaharon

BATU GAJAH – Tindakan pantas pasangan Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif, 61, dan isteri Datin Norasmariah Basri, 46, membawa keluar seorang kanak-kanak perempuan dari sebuah kenderaan yang dirempuh dari arah belakang di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, di sini Sabtu lepas mendapat perhatian warganet.

Video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian kemalangan yang membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Perodua Kelisa dan Proton Perdana itu tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Shaharon Anuar ketika ditemui berkata, walaupun beliau dan isteri turut terbabit dalam kemalangan itu, ia tidak memudarkan semangat mereka untuk menyelamatkan empat sekeluarga yang berada dalam Perodua Kelisa terbabit.

Menyifatkan kemalangan berlaku terlalu pantas, bekas Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, itu berkata, tindakan yang diambil itu atas sifat kemanusiaan selain mahu mengelakkan daripada sebarang perkara tidak diingini.

 pelakon SAC Saiful Gerak Khas kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon SAC Saiful Gerak Khas pemandu peroduak kancil dadah positif dadah positif dadah dadah positif kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon gerak khaspemandu perodua kancil dadah pelakon SAC Saiful Gerak Khas kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon SAC Saiful Gerak Khas pemandu peroduak kancil dadah positif dadah positif dadah dadah positif kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon gerak khas
Datuk Shaharon Anuar pada temu bual selepas melawat rumah keluarga mangsa yang terbabit kemalangan tiga kenderaan di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, baru-baru ini di Medan Bali Emas, Tronoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 NOVEMBER 2023.

“Apabila kemalangan itu berlaku, Alhamdulillah saya dan isteri selamat. Namun saya terlihat kenderaan di hadapan kami ada empat beranak termasuk seorang kanak-kanak kecil.

“Secara spontan saya minta untuk isteri keluar dan pergi menyelamat dan membawa kanak-kanak itu keluar dari Perodua Kelisa yang dirempuh Perodua Kancil itu.

“Sementara itu, saya telah bertindak menolak kereta Proton Perdana saya ke belakang, supaya ada ruang untuk untuk menyelamatkan atau membawa semua mangsa keluar dari kereta terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya tentang situasi terkini, beliau yang juga pernah membintangi drama bersiri terkenal Gerak Khas itu berkata, beliau dan isteri berada dalam keadaan baik.

pemandu perodua kancil dadah pelakon SAC Saiful Gerak Khas kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon SAC Saiful Gerak Khas pemandu peroduak kancil dadah positif dadah positif dadah dadah positif kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon gerak khaspemandu perodua kancil dadah pelakon SAC Saiful Gerak Khas kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon SAC Saiful Gerak Khas pemandu peroduak kancil dadah positif dadah positif dadah dadah positif kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon gerak khas
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif bersama Datuk Shaharon Anuar melawat rumah keluarga mangsa yang terbabit kemalangan tiga kenderaan di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, baru-baru ini di Medan Bali Emas, Tronoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 NOVEMBER 2023.

Katanya pemakaian tali pinggang keledar dan beg udara yang aktif semasa kejadian itu berjaya mengurangkan impak kemalangan terhadap mereka berdua.

Tambah Shaharon Anuar, ketika menjalani rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini bermula Sabtu, beliau menerima kunjungan dan panggilan telefon daripada rakan, ahli keluarga serta tetamu kenamaan termasuk daripada Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

“Dalam konteks ketika baru berlaku kemalangan, jangan fikir siapa salah, siapa betul sebaliknya jika terdaya, kita perlu menyelamatkan mereka yang lain. Kita perlu bertindak dengan waras dan berfikiran tenang,” katanya lagi.

Pada masa sama, Norasmariah berkata, tindakannya mahu menyelamatkan kanak-kanak perempuan sebagaimana yang dirakam menerusi video tular itu adalah atas naluri seorang ibu.

pemandu perodua kancil dadah pelakon SAC Saiful Gerak Khas kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon SAC Saiful Gerak Khas pemandu peroduak kancil dadah positif dadah positif dadah dadah positif kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon gerak khaspemandu perodua kancil dadah pelakon SAC Saiful Gerak Khas kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon SAC Saiful Gerak Khas pemandu peroduak kancil dadah positif dadah positif dadah dadah positif kemalangan batu gajah tanjung tualang jalan pelakon gerak khas
Datin Norasmariah Basri pada temu bual ketika melawat rumah keluarga mangsa yang terbabit kemalangan tiga kenderaan di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, baru-baru ini di Medan Bali Emas, Tronoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 NOVEMBER 2023.

Malah, beliau yang juga pernah berkhidmat sebagai pramugari Malaysia Airlines (MAS) selama tiga tahun sejak 1995 berkata ia sedikit sebanyak memberi kelebihan kepadanya tentang pengetahuan langkah-langkah awal menyelamat.

“Memang ketika kejadian itu saya berasa pening dan sakit dada. Namun, selepas saya dan suami melihat ada kanak-kanak dalam kereta di hadapan kami, maka saya cuba untuk mengawal dan menenangkan diri.

“Sebagai seorang ibu dan bekas pramugari MAS, saya telah bertindak pantas untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu,” ujarnya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif bersama Datuk Shaharon Anuar melawat rumah keluarga mangsa yang terbabit kemalangan tiga kenderaan di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang, baru-baru ini di Medan Bali Emas, Tronoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 NOVEMBER 2023.

Pasangan itu terdahulu ditemui pada lawatan Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif ke rumah salah mangsa kemalangan di Medan Bali Emas di Tronoh, dekat sini, pada Jumaat.

Pada lawatan berkenaan, mangsa Mohd Khairil Azlan Abdul Rahman, 38, dan isteri, Nur Azlinda Abu Kassim, 34, menerima sumbangan berupa tunai dan kotak makanan. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kemalangan tiga kenderaan: Pemandu Kancil postif dadah – Polis

‘SAC Saiful’ Gerak Khas terlibat kemalangan jalan raya

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI