Agong, Permaisuri zahir ucapan Deepavali

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada semua rakyat beragama Hindu di seluruh negara.

Ucapan berkenaan dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sempena sambutan perayaan tersebut.

Menerusi hantaran berkenaan, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar sambutan perayaan itu membawa kebahagiaan, keamanan, kesihatan yang baik serta kemakmuran kepada mereka yang merayakannya.

“Semoga anda dan keluarga menyambut Deepavali yang diberkati, dipenuhi kebahagiaan, keamanan, kesihatan yang baik dan kemakmuran,” menurut hantaran yang dikongsikan.

Deepavali atau turut dikenali sebagai Pesta Cahaya diraikan oleh masyarakat penganut Hindu di Malaysia hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI