KUALA LUMPUR – Atlet pecut muda negara, Aiman Ikhwan Yahya berjaya mencipta kejayaan luar biasa apabila merangkul dua pingat dalam acara 100 meter (m) dan 200m Kejohanan Olahraga ASEAN B-18 & B-20 2026 yang berlangsung di Pathum Thani, Thailand.
Aiman Ihkwan meraih gelaran raja pecut Asia Tenggara (ASEAN) bawah 20 tahun (B-20) selepas larian 10.51 saat (s) dalam final 100m menewaskan cabaran atlet tuan rumah, Wirayut Daenkhanob, (10.63s) manakala di tempat ketiga pula menjadi milik satu lagi wakil negara, Danish Irfan Tamrin (10.66s).
Dalam acara 200m, pelari berusia 19 tahun itu menepati ramalan muncul juara dengan catatan 21.74s mengenepikan cabaran atlet Indonesia dan rakan senegara, Airiel Iskandar Rusli.
Kejohanan Olahraga ASEAN B18 & B20 2026 berlangsung bermula pada 6 November lalu dan akan berakhir hari ini.
Gelaran raja pecut berganda U20 Asia Tenggara kini menjadi hadiah bermakna buat Aiman Ikhwan selepas berdepan pelbagai cabaran apabila mengalami kecederaan sejurus tamat Majlis Sukan Sukan Malaysia 20255 sebelum berulang pula di Terbuka Singapura iaitu kejohanan pembuka tirai 2026.
Anak kelahiran Kedah itu juga terpaksa melupakan hajat merebut emas 100m Sukan Malaysia 2026 malah dibatalkan penyertaan 4x100m dan hanya memenangi gangsa 4x400m. – MalaysiaGazette


