Tipu jadi mangsa samun: Peniaga roti diperintah buat kerja kebajikan tiga bulan

SUNGAI SIPUT – Seorang peniaga diperintah melakukan kerja kebajikan selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat laporan palsu mendakwa menjadi mangsa samun.

Tertuduh, Abdul Mustaqim Mohd Tab, 31, diperintah melakukan kerja kebajikan tiga jam sehari dalam tempoh itu sebaik membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memberikan maklumat  palsu sehingga menyebabkan penjawat awam melakukan siasatan yang sepatutnya tidak dilakukan di pejabat pegawai penyiasat bahagian siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput sekitar jam 1 tengah hari, pada 9 Februari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, RS Vitthiyeswary manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Hamzah.

laporan palsu sungai siput peniaga roti lelaki laporan palsu sungai siput peniaga roti lelaki
Peniaga, Abdul Mustaqim Mohd Tab, 31, diperintah melakukan kerja kebajikan selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat laporan palsu mendakwa menjadi mangsa samun. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 FEBRUARI 2024.

Terdahulu Siti Hajar dalam rayuannya memohon tertuduh dikenakan hukuman minimum atas alasan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya, selain lelaki itu menanggung kedua ibu bapanya dengan menjual roti bersama pendapatan sebanyak RM40 sehari.

Berdasarkan fakta kes, hasil siasatan mendapati tertuduh mendakwa wang tunai hasil jualannya berjumlah RM950 disamun dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z di tepi jalan Hospital Sungai Siput.

Lelaki itu didapati membuat laporan polis palsu kerana telah menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang kepada rakannya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pesara JKR didenda RM30,000 perdaya ahli perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI