TKPM-ZIA Bagan Datuk tingkat pendapatan nelayan RM3,000 sebulan

BAGAN DATUK – Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan – Zon Industri Akuakultur (TKPM-ZIA) Bagan Datuk dilihat mampu meningkatkan pendapatan bersih nelayan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif berkenaan juga akan menggalakkan dan meningkatkan sektor swasta dalam bidang pengeluaran makanan terutama dalam bidang akuakultur.

“TKPM-ZIA Bagan Datuk yang dilihat selari dengan Rancangan Tempatan Daerah Bagan Datuk untuk meningkatkan sumbangan sub sektor akuakultur negara dalam sektor perikanan di daerah itu.

“Pembangunan yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia dapat mewujudkan zon pengeluaran kekal makanan bagi menjamin sekuriti makanan negara.

“Selain itu ia juga mampu membangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan dalam bidang pengeluaran makanan secara komersil,” katanya.

Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan - Zon Industri Akuakultur Bagan Datuk TKPM-ZIA nelayan bagan datuk perikanan aktiviti perikanan Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan - Zon Industri Akuakultur Bagan Datuk TKPM-ZIA nelayan bagan datuk perikanan aktiviti perikanan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Dato Lope Hashim Bagan Datuk. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2023.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pada Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Dato’ Lope Hashim, di sini, pada Khamis.

Terdahulu, Saarani menyaksikan pelancaran TKPM-ZIA pada program berkenaan yang turut disaksikan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Program TKPM-ZIA merupakan salah satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk mentransformasikan sektor pertanian dengan menggalakkan pelaksanaan projek perikanan secara berskala besar, komersil, dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.

Pembangunan projek berkenaan juga melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pengusaha.

Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan - Zon Industri Akuakultur Bagan Datuk TKPM-ZIA nelayan bagan datuk perikanan aktiviti perikanan Pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan - Zon Industri Akuakultur Bagan Datuk TKPM-ZIA nelayan bagan datuk perikanan aktiviti perikanan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Dato Lope Hashim Bagan Datuk. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 NOVEMBER 2023.

Kerajaan negeri menyediakan tanah untuk dibangunkan dan diwartakan bagi tujuan pembangunan TKPM-ZIA manakala Kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan bagi peningkatan fasiliti asas termasuk jeti pendaratan.

Berdasarkan kepada statistik pendaratan ikan 2022, Perak merupakan penyumbang pendaratan ikan tangkapan yang tertinggi dalam negara dan Bagan Datuk merekodkan daerah tertinggi pendaratan ikan di negeri ini dalam tempoh sama.

Menurut statistik berkenaan, Perak mencatatkan pendaratan ikan tangkapan sebanyak 301,754.24 matrik tan dan daripada jumlah itu, sebanyak 138,144.99 metrik tan ikan di Bagan Datuk. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak terima pelaburan RM2 bilion melalui MB Inc

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI