Trak tentera terlibat kemalangan, seorang maut enam cedera

KUALA KANGSAR – Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala enam cedera selepas trak yang mereka naiki dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora dekat sini petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 4.59 petang.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Kuala Kangsar telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi menyelamat.

“Kemalangan itu melibatkan tujuh mangsa yang berada di dalam trak tersebut. Lima daripada mereka berjaya dikeluarkan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar manakala dua lagi mangsa tersepit di bahagian belakang.

“Mangsa pertama telah berjaya dikeluarkan pada jam 5.54 petang namun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),“ katanya dalam kenyataan ringkas pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa kedua yang tersepit dan cedera parah telah dikeluarkan pada jam 6.14 petang dihantar ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan manakala mangsa maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Anggota polis maut kemalangan dua treler, sebuah kereta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI