‘Tunggu PRU kalau hendak ubah kerajaan, bukan menjerit’

IPOH – Sebuah negara yang dibina atas jalan demokrasi tidak boleh diubah hanya melalui jeritan badan bukan kerajaan ‘NGO’, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata, sebaliknya proses pembentukan sesebuah kerajaan hanya boleh dilakukan berasaskan kepada bilangan kerusi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Negeri

“Kita tidak perlu melayan kehendak NGO yang asal menjerit sahaja hendak ubah kerajaan. Akan tetapi urusan hendak berdemonstrasi itu urusan mereka.

“Tetapi nasihat saya kepada orang ramai adalah kita jangan membudayakan negara ini dengan tindakan ubah kerajaan hanya melalui jeritan NGO, ia tidak boleh.

“Sebaliknya kerajaan diubah atau dipilih berdasarkan kepada keputusan pilihan raya. Jadi kalau nak ubah kerajaan, tunggu Pilihan Raya Umum (PRU),” ujarnya.

pilihan raya Ubah kerajaan menjerit PRU Saarani NGO demokrasi perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sesi ‘Townhall’ bersama Wanita Perak di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 25 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir ke Program ‘Townhall’ atau Dialog Awam Wanita Perak di Hotel Casuarina@Meru, dekat sini, pada Khamis.

Saarani sebelum itu diminta mengulas berkenaan sebuah NGO dikenali sebagai Sekretariat Selamatkan Malaysia 2.0 yang dilaporkan akan mengadakan siri ceramah dan perhimpunan di bermula 26 hingga 28 Julai, di Perak

Media melaporkan, Pengerusi Sekretariat, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, program yang bertemakan ‘Mahkamah Rakyat Hukum Anwar’ itu membuka tirai Himpunan Selamatkan Malaysia 2.0 di negeri ini. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Perpaduan Perak utuh, Pelan Perak Sejahtera 2030 positif

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI